Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Neymar Tinggalkan Al-Hilal, Kembali Ke Brazil

Siti Nur Ain Natasya
Neymar tinggalkan Al-Hilal
Gambar: AFP

Neymar Tinggalkan Al-Hilal, Kembali Ke Brazil

Pemain bola sepak ternama, Neymar Jr, yang pernah beraksi di Paris Saint-Germain (PSG), kini sah meninggalkan kelab gergasi Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dua musim bersama mereka.

Difahamkan, keputusan tersebut dicapai melalui persetujuan bersama antara Neymar dan pihak Al-Hilal.

Sepanjang musim ini, Neymar hanya beraksi dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Prestasinya semakin merosot akibat beberapa kecederaan serius yang menghalangnya untuk kembali ke prestasi terbaik.

Kecederaan ini juga menghalangnya untuk memperoleh masa permainan yang konsisten.

Neymar Kembali Ke Brazil
Gambar via X @FabrizioRomano

Menurut laporan wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano, Neymar telah memutuskan untuk kembali ke tanah airnya di Brazil.

Beliau akan menyertai kelab asalnya, Santos, yang merupakan tempat beliau memulakan perjalanan karier bola sepak profesionalnya.

BACA: Peguam Kongsi Tindakan Boleh Diambil Jika Taska Culas Tanggungjawab

BACA: Lebih 200 Syarikat Di UK Beralih Kerja 4 Hari Seminggu

BACA: Chatbot Sebenarnya.my Dilancarkan, Perangi Maklumat Palsu

Sumber: Stadium Asto