Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Peguam Kongsi Tindakan Boleh Diambil Jika Taska Culas Tanggungjawab
Kini, menghantar anak ke taska atau pusat jagaan telah menjadi satu keperluan yang semakin penting bagi kebanyakan ibu bapa.
Situasi ini berlaku kerana ramai ibu bapa sekarang mempunyai komitmen kerja yang padat dan jadual harian yang sibuk.
Dalam keadaan sebegini, mencari taska yang terbaik dan selamat untuk anak-anak menjadi cabaran utama.
Salah satu aspek penting yang sering menjadi pertimbangan ibu bapa ialah tahap keselamatan serta pemantauan yang disediakan oleh pihak taska.
Tidak dapat dinafikan, kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV) di taska mampu meningkatkan keyakinan ibu bapa.
Dengan adanya CCTV, ibu bapa dapat merasa lebih tenang kerana mereka tahu anak-anak berada di bawah pemantauan berterusan.
Selain itu, rakaman CCTV memainkan peranan penting sebagai bukti sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Namun begitu, terdapat situasi di mana pihak taska enggan memberikan akses kepada rakaman tersebut.
Mereka juga kadangkala mendakwa kamera mengalami kerosakan setiap kali berlaku kejadian yang mencurigakan.
Persoalannya, dalam situasi sebegini, apakah tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa jika taska culas tanggungjawab?
Seorang peguam, Syafiq (@syafiqsb123) di TikTok, telah berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil jika berhadapan dengan situasi tersebut.
Ibu bapa berhak meminta penjelasan bertulis daripada pihak taska mengenai kejadian yang berlaku serta alasan mengapa rakaman CCTV tidak berfungsi pada waktu tersebut.
Sekiranya ada kamera lain yang masih berfungsi, ibu bapa boleh meminta salinan rakaman daripada kamera tersebut bagi membantu menyiasat sebarang kejadian.
Menurut peguam, adalah ‘tidak logik’ jika semua CCTV rosak serentak pada masa yang sama.
Jika pihak taska enggan bekerjasama, ibu bapa boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan dengan menyertakan bukti yang ada, seperti surat penjelasan atau rakaman lain yang relevan.
Sekiranya kecuaian taska terbukti, ibu bapa berhak menuntut bayaran balik (refund) sebagai bentuk pampasan atas kegagalan menjaga keselamatan anak dengan baik.
Jika situasi menjadi lebih serius, laporan polis boleh dibuat untuk mengukuhkan tuntutan dan siasatan lanjut.
Dalam pada itu, ruangan komen perkongsian itu dibanjiri dengan pelbagai nasihat daripada warga maya.
Salah seorang pengguna menyarankan ibu bapa membuat semakan terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan taska tersebut berdaftar dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Jika ibu bapa mengesyaki wujudnya kecuaian oleh pihak taska, mereka juga boleh membuat aduan rasmi kepada JKM dengan menyediakan bukti yang kukuh.
Memilih taska yang selamat dan berdaftar adalah langkah pertama untuk memastikan anak-anak berada dalam penjagaan yang baik.
Sekiranya berlaku sebarang insiden yang mencurigakan, ibu bapa perlu tahu hak mereka dan bertindak mengikut langkah yang telah disarankan oleh pakar undang-undang.
BACA: Digelar “Mowgli” Dunia Nyata, Ini Kisah Hidup Dina Sanichar
BACA: Pemeriksaan Telefon Bimbit Hanya Terhadap Individu Disyaki, Bukan Secara Rambang – KPN
BACA: Ini Kata Khabib Usai Pertarungan UFC Islam Makhachev, Umar Nurmagomedov
Sumber: TikTok @syafiqsb123