Siakap Keli
Khabib UFC
Kredit: Instagram @khabib_nurmagomedov

Ini Kata Khabib Usai Pertarungan UFC Islam Makhachev, Umar Nurmagomedov

Ini Kata Khabib Usai Pertarungan UFC Islam Makhachev, Umar Nurmagomedov

Nama Khabib Nurmagomedov tidak asing lagi dalam dunia seni bela diri campuran (MMA).

Bekas juara lightweight UFC itu yang bersara dengan rekod sempurna 29-0, terus menyumbang dalam sukan ini sebagai jurulatih.

Di bawah bimbingannya, ramai pejuang termasuk Islam Makhachev, berjaya mencipta nama di pentas dunia.

Namun, acara UFC 311 baru-baru ini mencetuskan pelbagai emosi dalam ‘keluarga Nurmagomedov’ apabila dua detik bersejarah tercipta.

Kemenangan ke-4 Islam Makhachev

Makhachev sekali lagi membuktikan kehebatannya menerusi pertarungan UFC 311 dengan menewaskan Renato Moicano melalui kuncian pada pusingan pertama.

Kemenangan ini tidak hanya memastikan gelarannya sebagai juara, sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Khabib Nurmagomedov, Benson Henderson dan BJ Penn.

“Makhachev sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah yang terbaik di dunia ketika ini.

“Saya sangat gembira dengan perjalanan yang telah beliau tempuhi dalam sukan ini.

“Dalam sejarah seni bela diri campuran, hanya segelintir pejuang yang mampu mencapai apa yang beliau telah capai.

“Teruskan usaha, saudara, ini bukanlah hadnya,” ujar Khabib.

Kekalahan pertama Umar Nurmagomedov

Di sebalik kemenangan gemilang Makhachev, malam yang sama menyaksikan kekalahan pertama Umar Nurmagomedov.

Pertarungan lima pusingan menentang juara bantamweight Merab Dvalishvili berlangsung sengit, tetapi Umar akhirnya tewas dengan keputusan tiga pusingan berbalas dua.

“Teruskan, Junior. Semalam anda telah menunjukkan bahawa anda adalah salah seorang yang terbaik di dunia.

Namun, buat masa ini, kita mempunyai banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Perbaiki kesilapan dan kembali semula dalam perlumbaan kejuaraan,” ujar Khabib memberikan sokongan kepada sepupunya itu.

https://www.instagram.com/p/DFBXzpCyoR7/?utm_source=ig_embed&ig_rid=a72013cb-d6cc-4b74-9930-a28f92eaeb0e

Kata Khabib lagi, dalam setiap perkara pasti ada hikmahnya.

“Sebagai orang yang beriman, kita mesti memahami bahawa ketetapan Allah adalah lebih baik daripada keinginan kita,” tambahnya.

Bagi Khabib, walaupun malam di UFC 311 adalah “malam yang sukar”, beliau tetap bangga dengan pencapaian pasukannya.

BACA: Nilai Bersih Kekayaan Khabib Nurmagomedov Pada 2025

BACA: Islam Makhachev Pecah Rekod Tiga Legenda UFC

BACA: Nilai Bersih Kekayaan Islam Makhachev Pada 2025

Sumber: Instagram @khabib_nurmagomedov

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.