Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Pemeriksaan Telefon Bimbit
Kredit: Bernama

Pemeriksaan Telefon Bimbit Hanya Terhadap Individu Disyaki, Bukan Secara Rambang – KPN

Athirah

Pemeriksaan Telefon Bimbit Hanya Terhadap Individu Disyaki, Bukan Secara Rambang – KPN

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam.

“Maksudnya mesti ada maklumat, risikan atau syak wasangka munasabah yang menunjukkan seseorang individu itu melakukan kesalahan atau jenayah. Ini menyebabkan individu itu dicurigai.

“Ia juga hanya akan dilakukan oleh pegawai polis berpangkat inspektor ke atas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razarudin berkata pemeriksaan hanya dilakukan jika terdapat keperluan dalam sesuatu siasatan kes, dan dilakukan berdasarkan undang-undang sedia ada serta peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pemeriksaan untuk siasatan kes hanya akan membolehkan anggota dan pegawai pasukan itu menjalankan penugasan mereka dengan baik serta menghormati hak individu bagi mengekalkan kepercayaan awam.

Pada 13 Jan lepas, Razarudin berkata hak polis untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan, termaktub mengikut Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Seksyen 249 AKM dan Seksyen 20(g) Akta Polis.

Beliau berkata Seksyen 292 Kanun Keseksaan boleh digunakan jika semasa pemeriksaan dilakukan telah menemukan bahan-bahan lucah dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 seperti aplikasi judi dalam talian, dan kedua-dua kesalahan itu membolehkan tangkapan tanpa waran.

Pada Sabtu lepas, media melaporkan satu perjumpaan akan diadakan antara PDRM dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pemeriksaan telefon bimbit orang awam oleh polis.

BACA: Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari

BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen

BACA: Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Memudahkan Penduduk Banting Ke Shah Alam, Putrajaya Dan KLIA

Sumber: Bernama