Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Status halal MIXUE Malaysia
Gambar: MIXUE Malaysia

Penjelasan Isu Status Halal Di Salah Satu Cawangan – MIXUE Malaysia

Hannah

Penjelasan Isu Status Halal Di Salah Satu Cawangan – MIXUE Malaysia

MIXUE Malaysia Sdn Bhd hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan isu yang timbul berkaitan status halal di salah satu cawangan mereka.

Menurut kenyataan tersebut, insiden itu berpunca daripada penggunaan plastik sampah yang dibeli melalui platform dalam talian.

Plastik tersebut didapati mempunyai label bertulisan yang tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan keraguan dalam kalangan pelanggan.

“Walaupun plastik ini hanya digunakan sebagai pembungkusan sampah dan tidak berkait langsung dengan penyediaan makanan, kami memandang serius perkara ini,” maklum MIXUE Malaysia.

Justeru, sebagai langkah bertanggungjawab, syarikat itu telah mengambil beberapa tindakan segera untuk menangani isu berkenaan.

Antaranya, memohon pelaksanaan proses sertu (pembersihan mengikut hukum syarak) di cawangan terlibat bagi memastikan kebersihan dan pematuhan penuh terhadap standard halal.

Selain itu, mereka turut menghentikan penggunaan plastik tersebut serta mengkaji semula prosedur pembelian untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

Dalam pada itu, MIXUE Malaysia turut menegaskan bahawa semua bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan produk mereka adalah daripada sumber yang halal dan mempunyai sijil halal yang sah.

“Kami kekal komited untuk memastikan kebersihan, kualiti dan pematuhan halal di semua cawangan kami.

“Kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta kepercayaan berterusan anda,” maklum MIXUE Malaysia lagi.

Sumber: MIXUE Malaysia
Sumber: MIXUE Malaysia

BACA: Nilai Pasaran Nvidia Jatuh Hampir USD600 Bilion Selepas DeepSeek Dilancarkan

BACA: ‘Matahari Buatan’ China Cipta Rekod Baharu

BACA: Sze Fei-Izzuddin Model Jenama Pakaian Antarabangsa

Sumber: MIXUE Malaysia

MIXUE Malaysia perjelas isu status halal di salah satu cawangan.