Siakap Keli
Malaysia Bina Sekolah
Kredit: Bernama

Pembangunan Semula Gaza: Malaysia Bina Sekolah, Hospital Dan Masjid – PM Anwar

Pembangunan Semula Gaza: Malaysia Bina Sekolah, Hospital Dan Masjid – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi rakaman video hari ini.

Anwar berkata usaha pembangunan semula Gaza ini juga melibatkan kerjasama antara Kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Pada 18 Jan lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

Menurut Anwar, Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), yang memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

BACA: “Qari” Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

BACA: Banjir: Mangsa Di Sarawak Meningkat, Tanah Runtuh Ragut Satu Nyawa, Empat Masih Hilang

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.