Siakap Keli
Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran
Kredit: @inilahcom

“Qari” Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran 

“Qari” Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran 

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk sentiasa mengingati Allah, baik ketika hidup mahupun saat menjelang ajal.

Kematian adalah suatu takdir yang pasti, ketentuan Ilahi yang tidak boleh dielakkan.

Namun, cara pemergian seseorang dapat memberi kita rasa syukur dan keinsafan, terutamanya bagi mereka yang masih hidup.

Salah satu pemergian yang sangat istimewa adalah apabila seseorang menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang beribadah kepada Allah SWT.

Ini adalah pengakhiran yang sangat diinginkan oleh setiap umat Islam, iaitu “husnul khatimah”, sebuah kematian yang baik dan diredhai oleh Allah.

Meninggal dunia ketika membaca al-Quran 

Begitu jugalah dengan pengakhiran baik seorang lelaki apabila menghembuskan nafas terakhir semasa membaca al-Quran sempena pembukaan sambutan Israk Mikraj di Masjid al-Mujahidi, Desa Geudong-Geudong, Aceh pada Ahad lalu.

Menurut video yang dikongsikan oleh @inilahcom di TikTok, Allahyarham yang dikenali sebagai Teungku Hasbi bin Abdullah merupakan seorang qari di masjid berkenaan.

Saksi yang merakam kejadian tersebut memaparkan arwah Teungku Hasbi pada awalnya sedang membaca alunan ayat suci al-Quran di belakang mimbar.

Namun, suaranya semakin tidak kendengaran pada bacaan ayat terakhir sebelum akhirnya rebah secara tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, ahli jemaah yang lain segera membantu Teungku Hasbi dalam keadaan panik.

@inilahcom

Teungku Hasbi bin Abdullah, seorang qari dan imam salat rawatib, wafat saat melantunkan keindahan ayat suci Al-Qur’an pada pembukaan peringatan Isra Mikraj 1446 H di Masjid Geudong-Geudong, Bireuen, Aceh. Beliau menghembuskan napas terakhir ketika membaca bagian akhir ayat 1 surat Al-Isra, yang berbunyi: “agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda [kebesaran] Kami.” Kepergian Teungku Hasbi menjadi pengingat indahnya berpulang dalam ibadah dan cinta kepada Al-Qur’an. Semoga Allah SWT memberikan beliau tempat terbaik di sisi-Nya dan menjadikan kuburnya kebun surga. Aamiin ya Rabbal ‘alamin. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. IsraMikraj1446H BerpulangDalamIbadah QariAceh TengkuHasbiBinAbdullah AlQuran inilahcom TitikTengah #TitikCerah

♬ suara asli – Inilah.com – Inilah.com

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca bahagian akhir ayat pertama surah Al-Isra, yang bermaksud: “Agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.”

“Kepergian Teungku Hasbi menjadi pengingat indahnya berpulang dalam ibadah dan cinta kepada Al-Qur’an. Semoga Allah SWT memberikan beliau tempat terbaik di sisi-Nya dan menjadikan kuburnya taman syurga. Aamiin ya Rabbal ‘alamin,” ujar @inilahcom.

“Pengakhiran yang sangat dicemburui”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

Tidak kurang juga yang mencemburui pengakhiran yang sangat mulia ini – berpulang ke rahmatullah dalam keadaan sedang membaca al-Quran dan dalam majlis yang penuh barakah.

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

BACA: Nukilan Anak Ustaz Azhar Idrus Sentuh Hati Ramai

BACA: Kenali “Buraq”, Makhluk Istimewa Dalam Kisah Israk Mikraj

Sumber: TikTok @inilahcom

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.