Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Reagan National Airport mayat
Gambar: Afp

18 Mayat Ditemukan Susulan Nahas Pesawat Berhampiran Reagan National Airport

Iqbal Yasir

18 Mayat Ditemukan Susulan Nahas Pesawat Berhampiran Reagan National Airport

WASHINGTON, 30 Jan (Bernama) — Sebanyak 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac susulan perlanggaran antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter Black Hawk milik tentera berhampiran Reagan National Airport di Washington, D.C. pada Rabu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Tiada mangsa terselamat ditemukan di sungai di mana pesawat yang berlanggar itu terhempas manakala operasi menyelamat masih dijalankan, menurut CNN.

Dalam satu kenyataan, American Airlines yang mengendalikan pesawat penumpang itu memaklumkan jet berkenaan membawa 60 penumpang dan empat kru. Syarikat penerbangan itu juga telah membuka talian khas untuk waris penumpang pesawat berkenaan.

Menurut CNN yang memetik pegawai pertahanan AS, tiga askar berada di dalam helikopter Black Hawk itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam satu kenyataan berkata beliau telah “dimaklumkan sepenuhnya mengenai nahas tragis itu” dan sedang “memantau situasi serta akan memberikan maklumat lanjut apabila tersedia”.

Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth pula berkata di platform sosial X bahawa Pentagon sedang “secara aktif memantau” keadaan itu dan “bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan”.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) menyatakan perlanggaran udara itu berlaku sekitar 9 malam EST (0200 GMT Khamis), membabitkan sebuah jet penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas dan sebuah helikopter Black Hawk tentera. Semua pelepasan dan ketibaan dari lapangan terbang telah dihentikan.

Sumber: Bernama