Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Imbau Kenangan Lama, Band Persembah Lagu Tema Polis Angkasa Gaban

Athirah
Kredit: Super 6 Band Entertainment

Imbau Kenangan Lama, Band Persembah Lagu Tema Polis Angkasa Gaban

Generasi yang lahir sekitar 90-an dan awal 2000-an mempunyai pelbagai memori yang sangat sukar dilupakan.

Selain aktif bermain aktiviti di luar rumah, kanak-kanak pada zaman itu turut disajikan dengan pelbagai program televisyen yang sangat menarik.

Salah satu rancangan televisyen popular yang menjadi perhatian ramai kanak-kanak pada zaman itu adalah Polis Angkasa Gaban atau Space Sheriff Gavan.

Siri berkenaan mengisahkan Gaban, seorang anggota Pasukan Polis Galaksi yang ditugaskan ke Bumi untuk memerangi organisasi jenayah antara galaksi bernama Makku.

Paling diingati tentunya lagu pembukaan siri berkenaan yang sangat catchy dan masih segar dalam ingatan peminat sehingga ke hari ini.

Persembahan Super 6 Band mengimbau kenangan lalu

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah kumpulan muzik tempatan, Super 6 Band membuat kejutan dengan menyanyikan lagu tersebut di Uptown Shah Alam.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Super 6 Band Entertainment, vokalis kumpulan berkenaan mempersembahkan lagu itu dengan vokal yang sangat energetik.

Fasih menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Jepun, penyanyinya turut menggayakan beberapa simbol atau gaya ikonik yang sering ditampilkan oleh Gaban.

Sambutan dalam kalangan penonton ketika mendengarkan lagu tersebut didendangkan sudah cukup untuk menggambarkan betapa dekatnya mereka dengan siri berkenaan.

Video berdurasi 2:52 itu juga pantas menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian banyak pihaknya, khususnya peminat tegar Polis Angkasa Gaban yang masing-masing sudah pun dewasa.

Menjengah ke ruang komen hantaran video itu, rata-rata warga maya mengakui teringat kembali kenangan mereka di zaman kanak-kanak.

“Fuh, sebijik suara macam Akira Kushida,” kata Ngiau Chap KB.

“Kalau aku jadi penonton, aku joget habis lagu Gaban ni,” kata Sukor Sufri pula.

“Teringat zaman sekolah. Suara Abang ni mantap,” komen ZieeQad.

BACA: Bertembung Dengan Helikopter, Pesawat Terhempas Dalam Sungai Di Amerika

Sumber: Super 6 Band Entertainment