Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Budak Lelaki Disyaki Lempar Mercun Dalam Tangki Septik, Cetuskan Letupan
China – Seorang kanak-kanak disyaki membaling mercun ke dalam tangki septik dan menyebabkan ia meletup dalam kejadian di Zizhong, Sichuan pada Khamis, lapor Global Times.
Kejadian itu tular di media sosial apabila rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak tersebut membaling mercun ke dalam tangki septik dan menyebabkan berlaku letupan gas metana. Beberapa buah kenderaan dilihat mengalami kerosakan, termasuk sebuah kereta terbalik akibat kejadian terbabit.
Menurut laporan, pihak polis berjaya mengesan kanak-kanak tersebut dalam tempoh satu jam. Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan kes masih dalam siasatan.
Terdahulu, kejadian yang sama dilaporkan berlaku di Dazu, Chongqing melibatkan seorang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak tersebut bertindak menyalakan mercun ketika berada di atas penutup lurang menyebabkan berlaku letupan biogas pada Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa, kecederaan yang dialami kanak-kanak tersebut tidak membahayakan nyawa.
Selain itu, pada Februari 2023, seorang kanak-kanak dilaporkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan apabila kedua-dua mangsa menyalakan mercun ketika berada di atas penutup lurang.
Susulan kejadian-kejadian ini, pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya gas yang mudah terbakar dalam sistem kumbahan. Mereka juga menekankan keperluan pengawasan ibu bapa semasa musim perayaan.
Sumber: Global Times