Siakap Keli
IShowSpeed WWE
Gambar: Speed via X

IShowSpeed ‘Bersara Awal’ Dari WWE

IShowSpeed ‘Bersara Awal’ Dari WWE

Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, meluahkan rasa kesal dan nekad untuk tidak lagi terlibat dalam acara World Wrestling Entertainment (WWE).

Keputusan ini diambil setelah pemuda berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan serius semasa penampilan sulungnya di Royal Rumble WWE, semalam.

Difahamkan, IShowSpeed, yang nama sebenarnya Darren, dijemput sebagai tetamu khas untuk menyertai pertandingan berprestij itu.

Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila dia memasuki gelanggang sebagai peserta kelapan. Dia dilanggar dengan kuat oleh Bron Breakker sebelum dicampak keluar dari gelanggang.

Akibat daripada perlanggaran itu, IShowSpeed terjatuh dan terhempas ke meja pengulas dengan begitu keras, menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Sejurus selepas itu, IShowSpeed berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaannya di media sosial X, kelihatan memakai pendakap leher dan bertongkat.

https://x.com/ishowspeedsui/status/1885893645066449286?s=46

“Tidak akan (sertai) lagi WWE,” tulisnya dalam satu perkongsian lain.

https://x.com/ishowspeedsui/status/1885886441105903691?s=46

Dalam pada itu, video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai, dengan peminat dan pengikutnya memberikan pelbagai reaksi.

BACA: IShowSpeed Yakin Mampu ‘Tumbangkan’ Jake Paul Di Gelanggang Tinju

BACA: IShowSpeed “Try” Burger Ramly, Sedap Sangat Sampai Nak Bayar Lebih

BACA: IshowSpeed Isytihar Bukan Lagi Peminat Manchester United, Kini Sokong Al-Nassr

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.