Siakap Keli
pelajar Nahas Jalan Hulu Langat
Gambar: TYMBA Edu

Mangsa Maut Nahas Jalan Hulu Langat-Ampang, Pelajar Cemerlang Perakaunan

Mangsa Maut Nahas Jalan Hulu Langat-Ampang, Pelajar Cemerlang Perakaunan

HULU LANGAT — Mangsa maut dalam nahas Jalan Hulu Langat-Ampang, pada Ahad merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang Perakaunan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik TYMBA Education di Facebook mendedahkan mangsa, Aysar Zahran Bin Saiful Alimin merupakan penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di sebuah pusat pendidikan TYMBA Education, Subang Jaya Selangor.

Susulan itu, pihak TYMBA Education menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

“Pencapaian luar biasa Aysar, termasuk meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023, amat membanggakan kami.

“Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada mereka, serta menempatkan roh Aysar dalam kedamaian abadi di taman-taman syurga,” katanya.

https://www.facebook.com/tymba.education/posts/pfbid02Ko6Q4VGBwEgCx4XaFzsC2wKoe7GFaSpHk5EatxTRtnCPzuRdG7h6Qj9CKQABKQGZl

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan nahas berkenaan melibatkan empat buah motosikal serta sebuah kereta pada jam 4.45 petang.

“Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak di tepi jalan.

“Mangsa, Aysar Zahran disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal lain dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan.

“Kesemua mereka yang terlibat kemalangan berusia 17 hingga 38 tahun dengan seorang pemandu Perodua Alza berusia 27 tahun telah pun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: TYMBA Edu

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Hingga Rabu – METMalaysia

BACA: Sekolah Bangsa Johor Bermula 17 Februari Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.