Waktu Menunggu Klinik Kerajaan Dikurangkan Kepada 30 Minit – Dr Dzulkefly
PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit di Klinik Kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu hantaran di platform X.
Katanya, pencapaian ini merupakan kejayaan dalam agenda transformasi digital kesihatan.
“Kita sudah mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 minit.
“Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024.
“Awal tahun ini sahaja, ia (jumlah klinik) meningkat sebanyak 48.6 peratus dan 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk tunaikan apa yang dijanjikan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Lebih manis, tahun 2025 merupakan tahun bagi merealisasikan segala perancangan berkenaan.
https://x.com/DrDzul/status/1885915680471732322
Sumber: X @Dr Dzulkefly Ahmad