Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Rumah kena langgar 3 kali
Gambar: News 5 Cleveland via YouTube

3 Kali Rumah Kena Langgar, Pemilik Akhirnya ‘Hilang Sabar’

Hannah

3 Kali Rumah Kena Langgar, Pemilik Akhirnya ‘Hilang Sabar’

Hidup di kawasan jalan sibuk memang penuh cabaran. Bukan sahaja terpaksa berdepan bunyi bising dan lalu lintas sesak, malah keluar-masuk rumah pun boleh jadi masalah besar.

Namun, bagi John Gall dari Cleveland Heights, Ohio, cabaran ini menjadi lebih serius apabila rumahnya kerap menjadi ‘mangsa’ kemalangan kereta.

Gall yang tinggal di persimpangan antara Fairmount Boulevard dan South Taylor Road telah mengalami tiga insiden kereta merempuh rumahnya sejak sedekad lalu.

Gambar: Google Street View via The Autopian

Situasi ini menyebabkan dia nekad menuntut tindakan drastik daripada pihak berkuasa tempatan untuk melindungi kediamannya.

Sejarah kemalangan yang tidak berkesudahan

Gall mula menetap di rumah tersebut pada tahun 1996, ketika masih terdapat penghadang besi yang melindungi kediamannya daripada risiko kereta terbabas.

Namun, sekitar awal tahun 2000-an, penghadang tersebut telah ‘dibuang’ oleh pihak berkuasa tanpa diganti dengan langkah keselamatan yang lebih baik.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan rumah Gall terdedah kepada bahaya kemalangan.

Pada tahun 2012, insiden pertama berlaku apabila sebuah kereta merempuh trak pikap milik Gall yang diparkir di halaman rumah.

Keadaan menjadi lebih buruk pada tahun 2021 apabila sebuah kereta yang dikejar polis merempuh terus ke dapur rumahnya.

Gall, yang sedang tidur hanya kira-kira 10 hingga 15 kaki dari tempat kejadian, terbangun akibat bunyi rempuhan kuat.

“Saya terkejut dan menjenguk keluar melalui tingkap yang pecah,” kata Gall kepada wartawan.

Dalam kekecohan itu, Gall bahkan terpaksa mengangkat tangannya sendiri bagi mengelak disalah anggap sebagai penjenayah yang sedang diburu polis.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2022, sebuah lagi kemalangan berlaku apabila kereta lain merempuh garaj rumahnya yang baru siap dibina.

Pada tahun berikutnya pula, sebuah kereta hampir merempuh rumah Gall, namun dia bernasib baik kerana kereta tersebut sempat berhenti di halaman rumahnya.

Masalah perlindungan & insurans, tindakan ‘kurang bijak’ pihak berkuasa tempatan

Walaupun pihak berkuasa bandar telah mengambil langkah keselamatan dengan memasang lampu amaran, bonggol jalan dan menetapkan had laju 35 mph, kemalangan tetap berulang.

Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan, malah menyebabkan Gall menghadapi kesukaran mendapatkan insurans rumah.

“Saya dah tak boleh dapat insurans rumah lagi. Kalau buat satu lagi tuntutan, polisi saya akan dibatalkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kongsi Gall, pihak berkuasa tempatan enggan memasang semula penghadang besi dengan alasan ia tidak selamat berdasarkan nasihat jurutera.

Sebagai langkah alternatif, dua bongkah granit besar telah diletakkan di halaman rumah Gall sebagai penghadang.

Namun begitu, bongkah granit tersebut juga gagal sepenuhnya menghalang kemalangan daripada terus berlaku.

Menurut Gall, penghadang asal sepatutnya digantikan dengan perlindungan yang lebih berkesan, bukannya hanya meletakkan batu besar.

“Saya beli rumah dengan penghadang besi, mereka buang tapi tak ganti dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Gall turut berkongsi bahawa pihak berkuasa tempatan pernah menawarkan untuk membeli rumahnya pada nilai pasaran semasa, didakwa sebagai ‘langkah terakhir’ menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Namun begitu, Gall menolak tawaran tersebut dengan tegas.

“Saya dah bayar habis rumah ini dan buat banyak penambahbaikan. Kenapa saya yang perlu pindah bila mereka yang gagal selesaikan masalah?” tambahnya, meluahkan rasa kecewa.

BACA: Ini Sebab Kucing Tiada Dalam Kalendar Cina

Justeru, Gall kini mengambil langkah kendiri dengan melukis papan tanda sebagai usaha untuk menarik perhatian orang ramai dan pihak berkuasa.

“Ia membantu saya melepaskan rasa marah kerana saya tidak tahu lagi apa yang boleh saya lakukan,” ujarnya.

Gambar: News 5 Cleveland via YouTube

Gall berharap dengan bantuan peguamnya, dia dapat memujuk pihak berkuasa tempatan untuk memasang penghadang konkrit atau bollard sebagai langkah perlindungan kekal.

Sehingga itu, dia terpaksa terus tinggal di sebalik bongkah batu besar, sambil meneruskan perjuangannya demi keselamatan rumahnya yang telah menjadi tempat tinggal selama lebih 27 tahun.

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Skrin Telefon Direka Dalam Bentuk Segi Empat

BACA: Rupanya Ini Maksud Simbol Pada “Laci” Mesin Basuh

Sumber: The Autopian, News 5 Cleveland (1) (2) (3)