Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Simbol laci mesin basuh
Gambar: Reco

Rupanya Ini Maksud Simbol Pada “Laci” Mesin Basuh

Hannah

Rupanya Ini Maksud Simbol Pada “Laci” Mesin Basuh

Pernah tak korang rasa keliru bila nak isi detergen atau pelembut kain dalam “laci” mesin basuh? Kalau pernah rasa macam tu, korang tak keseorangan.

Sebenarnya, ramai lagi yang tak pasti fungsi sebenar setiap kompartmen kecil tu dan main letak ikut suka saja.

Masalahnya, kalau letak detergen tak kena tempat, hasil cucian boleh jadi kurang bersih. Bukan tu saja, mesin basuh pun boleh terjejas prestasinya dalam jangka masa panjang.

Jadi, penting untuk faham betul-betul fungsi setiap bahagian dalam “laci detergen” ni, terutamanya pada mesin basuh jenis front loading.

Biasanya, laci detergen mesin basuh ada tiga kompartmen dengan simbol tertentu.

1. Kompartmen “I” – Pre-Wash (Pra-Basuhan)

Simbol “I” ni merujuk kepada bahagian untuk pra-basuhan. Ia digunakan bila korang nak cuci pakaian yang sangat kotor atau ada kesan noda degil macam lumpur atau minyak.

Mesin akan:

  • Mengisi air sejuk

  • Menambah detergen dari kompartmen ini

  • Menggulung pakaian seketika

  • Mengalirkan air keluar sebelum memasuki basuhan utama

Pra-basuhan ni sangat berguna untuk singkirkan kotoran degil sebelum cucian utama bermula.

Kalau pakaian korang ada kesan noda yang sukar hilang, bolehlah tambah detergen tambahan atau bahan penanggal noda dalam kompartmen ni untuk hasil cucian yang lebih bersih.

2. Kompartmen “II” – Main Wash (Basuhan Utama)

Ini kompartmen paling penting dan paling kerap digunakan untuk cucian harian. Kat sinilah detergen utama patut diletakkan.

Tips penggunaan:

  • Kalau korang gunakan detergen cecair, turunkan penutup kecil di bahagian belakang kompartmen supaya detergen tak mengalir terus ke dram mesin.

  • Kalau korang gunakan serbuk pencuci, biarkan penutup tu terbuka.

  • Kalau korang gunakan pod pencuci atau helaian detergen mesra alam, masukkan terus ke dalam dram mesin, bukan dalam laci detergen.

Tapi kalau nak buat pra-basuhan, pastikan pod tu diletakkan dalam kompartmen basuhan utama supaya digunakan pada waktu yang betul.

3. Kompartmen “Bunga” – Fabric Softener (Pelembut Kain)

Simbol bunga menandakan tempat pelembut kain. Pelembut ni ditambah semasa proses bilasan terakhir.

  • Fungsinya adalah menyelaputi fabrik untuk mengurangkan elektrik statik serta menjadikan pakaian lebih lembut.

  • Jika dimasukkan lebih awal, bahan pelembut akan hilang bersama cucian utama.

Kenapa penting guna laci detergen dengan betul?

Dengan memahami fungsi setiap kompartmen ni, korang boleh:

  • Pastikan pakaian dicuci dengan lebih bersih.

  • Elakkan pembaziran bahan pencuci.

  • Panjangkan jangka hayat mesin basuh.

Semoga bermanfaat.

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Skrin Telefon Direka Dalam Bentuk Segi Empat

BACA: Kenapa Burung Unta Makan Batu Kecil? Ini Penjelasannya

BACA: Ini Sebab Kucing Tiada Dalam Kalendar Cina

Sumber: Reco