Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga 6 Februari, esok
Menurut kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku beberapa kawasan di Sarawak seperti Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah.
Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah juga hingga esok.
“Di Sarawak, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu sehingga Khamis.
“Di Sabah pula, hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga hari ini,” maklum kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia