Siakap Keli
Pastry World Cup 2025
Kredit: Instagram @foofooyiqing

Malaysia Raih Tempat Ketiga Dalam Pastry World Cup 2025

Malaysia Raih Tempat Ketiga Dalam Pastry World Cup 2025

Anak muda Malaysia sekali lagi membanggakan negara apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pastry World Cup 2025 yang berlangsung di Lyon, Perancis.

Pertandingan berprestij yang diadakan setiap dua tahun ini, juga dikenali sebagai “Coupe du Monde de la Pâtisserie”, menyaksikan kehebatan pasukan Malaysia bersaing di peringkat dunia.

Pasukan Malaysia dianggotai tiga anak muda berbakat besar yang terdiri daripada Fong Kah Mun (pakar coklat), Foo Yi Qing (pakar gula) dan Tyler Tan (pakar ais).

Mereka berjaya memukau para juri dengan hidangan kreatif yang ‘unik’.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat tempatan mampu berdiri setanding dengan pasukan Jepun dan Perancis yang masing-masing meraih tempat pertama dan kedua.

Pastry World Cup 2025
Gambar: @foofooyiqing via Instagram

Berdasarkan laman rasmi penganjur, peserta dikehendaki memenuhi beberapa kriteria untuk dinilai oleh para juri dalam pertandingan yang berlangsung selama sembilan jam ini.

Antaranya:

  • Tiga pencuci mulut beku.
  • Sepuluh pinggan pencuci mulut ala restoran.
  • 26 keping coklat.
  • Tiga arca seni yang diperbuat daripada coklat, gula, dan ais.
Pastry World Cup 2025
Gambar: @foofooyiqing via Instagram

Dengan tema “National Heritage” atau Warisan Kebangsaan, pasukan Malaysia mengambil peluang untuk menampilkan kekayaan budaya dan warisan tempatan yang pelbagai.

Keunikan hidangan pasukan Malaysia

Berdasarkan Facebook rasmi penganjur, pasukan Malaysia berjaya menghasilkan hidangan yang terdiri daripada tiga elemen penting pertandingan ini.

1. Pencuci Mulut Beku

Pasukan Malaysia menghasilkan pencuci mulut dengan gabungan tiga elemen rasa yang menarik — sitrus yang masam, aprikot yang manis dan rempah ringan.

Kombinasi unik ini mencipta hidangan yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memiliki keistimewaan tersendiri.

Pencuci mulut tersebut berjaya ‘menangkap’ emosi gembira serta nostalgia, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua jenis majlis.

2. Pencuci Mulut Restoran

Hidangan pencuci mulut restoran ini menonjolkan rasa sitrus yang segar, dengan keseimbangan yang tepat antara rasa masam dan manis.

Rasa utama sitrus tersebut menjadikannya pencuci mulut yang menyegarkan pada setiap suapan.

3. Coklat Persembahan

Hasil arca coklat ini diinspirasikan daripada manisan tradisional Malaysia, menggabungkan lapisan tekstur rangup dan krim yang gebu.

Rasa coklat yang kaya dipadukan dengan letusan rasa sitrus, mencipta harmoni antara elemen warisan dan inovasi moden, yang selaras dengan tema pertandingan ini.

Pastry World Cup 2025
Gambar: Coupe du Monde de la Pâtisserie via Facebook
Pastry World Cup 2025
Gambar: Coupe du Monde de la Pâtisserie via Facebook
Pastry World Cup 2025
Gambar: Coupe du Monde de la Pâtisserie via Facebook
Pastry World Cup 2025
Gambar: Coupe du Monde de la Pâtisserie via Facebook

Tahniah kepada Fong Kah Mun, Foo Yi Qing dan Tyler Tan atas kejayaan ini.

Semoga pencapaian mereka menjadi pemangkin kepada lebih ramai bakat tempatan untuk terus menyerlah di arena antarabangsa.

BACA: Mudah Nak Buat, Ini Resipi Sup Telur Sedap

BACA: Ambil Tahu, Ini Senarai Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser

BACA: Resipi Donat Buah Naga, Warna Asli Memikat Selera

Sumber: Coupe du Monde de la Pâtisserie via Facebook, Debic Malaysia & Singapore via Youtube, Coupe du Monde de la Pâtisserie, Foo Yi Qing via Instagram

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.