Siakap Keli
makanan aktif kanser
Gambar: AI

Ambil Tahu, Ini Senarai Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser 

Ambil Tahu, Ini Senarai Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser 

Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan. Pergi sahaja ke mana-mana, ada sahaja makanan yang menggugat iman.

Tidak salah untuk mencuba sesuatu menu baharu makanan, namun portion makan mestilah pada tahap terkawal.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

Gaya hidup dan pengambilan makanan juga kadangkala boleh membawa kepada penyakit termasuk kanser.

Tahukah anda, 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan mengamalkan budaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang, sesuai dengan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia, SK bawakan senarai makanan yang berpotensi mengaktifkan sel kanser dalam tubuh badan di bawah.

Ini 5 Jenis Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser! Ada Yang Kita Selalu Makan Di Rumah

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan yang mengaktifkan sel kanser? Makanan yang mengaktifkan kanser ini perlu dijauhi agar ia tidak mencetuskan atau menggalakkan pertumbuhan barah dalam tubuh kita. Ini antara makanan yang perlu dielakkan pesakit kanser dan mereka yang tidak menghidap kanser.

Makanan Dan Kanser

Kanser merupakan sejenis penyakit yang agak kompleks. Ini kerana, terdapat banyak jenis kanser di dunia ini dan ia juga boleh berlaku disebabkan pelbagai jenis punca.

Walaupun kadangkala tidak diketahui puncanya dengan jelas, namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada perkembangan kanser.

Antaranya ialah faktor luaran seperti tabiat dan gaya hidup. Malah ada kajian yang menyatakan bahawa 80 hingga 90 peratus kejadian tumor berkaitan dengan faktor luaran.

Salah satu faktor luaran ini ialah diet atau pemakanan.

Sesetengah jenis makanan telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk jenis kanser tertentu. Anda boleh lihat antara jenis makanan yang mengaktifkan sel kanser menerusi penerangan lanjut di bawah ini.

Makanan Yang Mengaktifkan Sel Kanser

makanan aktif kanser
Gambar: AI

Ada beberapa jenis makanan yang boleh mengaktifkan kanser, perlu dielakkan oleh kita termasuklah mereka yang menghidap kanser. Antaranya ialah:

1. Daging Yang Diproses

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat ‘bukti yang meyakinkan’ bahawa daging yang diproses boleh menyebabkan kanser.

Daging yang diproses ini dikelaskan sebagai karsinogen Kumpulan 1, dan ia berkait rapat dengan kanser kolorektal dan juga perut.

Antara contoh produk daging diproses yang mempunyai sifat karsinogenik termasuklah frankfurter, ham, sosej, daging dan jeruk dalam tin, serta lain-lain lagi.

Sebagai ganti jenis daging seperti ini, anda boleh mengambil daging penuh seperti ayam dan ikan ataupun makanan lain seperti tauhu.

2. Makanan yang mengaktifkan sel kanser: Alkohol

Minuman beralkohol sudah diketahui sebagai antara makanan yang boleh mencetuskan sel kanser.

Alkohol dikelaskan sebagai karsinogen Kumpulan 1, yang bermaksud terdapat bukti sifat karsinogen yang mencukupi terhadap tubuh badan manusia.

Antara bentuk kanser yang sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah kanser mulut, tekak, esofagus, payudara, hati, perut, dan juga usus.

3. Minuman Tinggi Gula

Obesiti adalah faktor risiko utama untuk beberapa jenis kanser.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang masa.

Perkara ini boleh dicapai melalui diet seimbang yang menggabungkan semua kumpulan makanan.

Antara faktor utama yang menyebabkan keadaan obesiti ialah pengambilan minuman bergula setiap hari.

Jika diambil dengan kerap, minuman manis atau bergula ini boleh menyebabkan penambahan berat badan, dan dalam jumlah yang berlebihan ia boleh menyebabkan obesiti.

makanan aktif kanser
Sumber: Hello Doktor

4. Daging Merah

Daging merah boleh mengaktifkan sel kanser? Ya, daging merah dikelaskan sebagai makanan dalam Kumpulan 2A, iaitu jenis makanan yang mungkin bersifat karsinogenik kepada manusia.

Daging merah sering dikaitkan dengan kanser kolorektal. Walau bagaimanapun, terdapat juga bukti yang mengaitkan pengambilan daging merah dengan kanser pankreas dan juga prostat.

Profesional kesihatan mengesyorkan bahawa untuk mengurangkan risiko kanser, anda perlu makan tidak lebih daripada 65 – 100 gram daging merah yang dimasak setiap minggu.

Sebagai ganti daging merah, anda boleh mengambil daging putih seperti ikan dan juga ayam.

5. Makanan yang mengaktifkan sel kanser: Makanan Segera

Makanan segera seperti makanan di restoran makanan segera atau makanan ringan merupakan antara jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser.

Ini kerana jenis makanan seperti ini telah dihasilkan dengan penggunaan gula, garam, kanji dan juga lemak yang tinggi.

Pengambilan makanan seperti ini dengan kerap boleh menambahkan jumlah lemak dalam badan, dan sekali gus meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser.

makanan aktif kanser
Gambar: AI

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu lima jenis makanan yang mengaktifkan kanser.

Jika anda kerap mengambil salah satu daripada jenis makanan seperti yang dinyatakan, cuba kurangkan pengambilannya mulai hari ini.

Seeloknya, elakkan terus daripada memakan makanan tersebut dalam diet harian anda.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Ini Cara Putihkan Gigi Sendiri Dengan Selamat

BACA: Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Skrin Telefon Direka Dalam Bentuk Segi Empat

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.