Amaran Ribut Petir Di 2 Negeri, 3 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Manakala di Sabah pula, membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu”
BACA: Tiada Lagi Yabang Khalifah, Vokalis Hang Pi Mana Ucap “Selamat Tinggal”
BACA: Warga Emas Baca Ayat Suci Al-Quran Dalam Kancil Uzur Undang Sebak Ramai
Sumber: METMalaysia