Siakap Keli
Gambar: TikTok @apizk

Warga Emas Baca Ayat Suci Al-Quran Dalam Kancil Uzur Undang Sebak Ramai

Warga Emas Baca Ayat Suci Al-Quran Dalam Kancil Uzur Undang Sebak Ramai

Kehidupan setiap individu dalam dunia adalah berbeza. Ada yang dilahirkan dengan dilimpahi kesenangan dan ada juga yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan.

Disebabkan itu, menilai individu hanya berdasarkan rupa paras dan fizikal adalah tidak sopan kerana kita tidak pernah mengetahui kesusahan dan cabaran yang dilalui insan itu.

Begitu juga dalam video tular baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki warga emas menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang sudah agak uzur.

Dalam klip perkongsian pengguna TikTok @Apizk memaparkan kelibat seorang lelaki tua di tempat duduk pemandu.

Apa yang mengejutkan adalah warga emas itu dipercayai sempat meluangkan masa sewaktu menunggu di lampu isyarat dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Momen itu dipercayai sempat dirakam oleh pemandu yang berhenti dilokasi yang sama.

Gambar: TikTok @apizk

 

Susulan itu, video berkenaan telah meruntun hati ramai pengguna warga maya yang menontonnya.

Rata-rata mereka memuji dan menyifatkan warga emas itu seorang yang ‘kaya akhirat’ walaupun hanya menaiki sebuah kenderaan yang sudah usang.

Berikut antara komen pengguna;

“Kayanya pakcik ni. Orang kaya yang sebenarnya. Kaya di akhirat,” kata seorang pengguna.

“Pakai Lambo belum tentu kaya, yang ni dah tentu-tentu kaya. Tu semua Allah pilih. Semoga kalian dan kita masuk syurga,” luah seorang lagi.

“Bila Allah dah tarik dunia.. Pernah jumpa ramai orang yang Allah tarik dunia dalam diri dia. Hidup susah tapi mata kita yang lihat sudah bukan untuk mereka. Bagi mereka cukup semua,” kongsi seorang pengguna lain.

“Mudahan Allah nilai semua kebaikkan yang tersurat tersirat yang pakcik lakukan. Wahai Allah yang mahakaya, mudahlah urusan dunia akhiratnya,” doa seorang pengguna.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 300,000 tontonan dengan lebih 67,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.

@apizk

Allahuakbar #malaysiatiktok #bismillahfyp

♬ original sound – AnakMudaKlate – AnakMudaKlate

BACA: BUDI MADANI 2025 Disalurkan Mulai Esok

BACA: Ini Sebab Kenapa Bunyi Bunga Api Lagi Meriah Pada Malam Hari Ke-9

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.