Tak Lupa Tanggungjawab, Lelaki Tekun Bimbing Isteri Mualaf Belajar Solat
Mendirikan rumah tangga dengan wanita yang baru memeluk agama Islam atau mualaf bermakna seseorang itu akan memikul tanggungjawab yang amat besar selepas ini.
Selain menjadi nakhoda kepada bahtera yang dibina, seorang suami juga akan memikul tugas membimbing pasangan dengan ajaran Islam.
Ilmu-ilmu agama seperti ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakan sebagai seorang Islam perlu disampaikan secara berterusan.
Suami ajar isteri mualaf solat untuk kali pertama
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila seorang lelaki membantu mengajar isterinya, yang merupakan seorang mualaf menunaikan solat buat pertama kali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @jasmani95 di TikTok, dapat dilihat isterinya mengenakan telekung dan bersedia melakukan pergerakan solat seperti yang diajar.
Dalam pada itu, @jamani95 yang duduk di atas lantai sambil memegang buku dilihat sesekali membetulkan pergerakan-pergerakan yang dilakukan isterinya.
Bermula daripada takbiratulihram sehinggalah duduk di tahiyat akhir, semua pergerakan kelihatan dilakukan dengan tertib oleh wanita itu seperti yang diajarkan oleh @jasmani95.
Setelah selesai, @jasmani95 dan isterinya sedang duduk bersama-sama seperti sedang berbincang mengenai ibadah tersebut dengan lebih terperinci.
Video berkenaan mendapat 3.4 juta tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi pelbagai reaksi dan memuji tindakan @jasmani95 yang menjalankan tanggungjawab dan membimbing isterinya.
Dalam masa sama, ada juga segelintir saudara mualaf yang memberi semangat dan berkongsi pengalaman sendiri ketika baru belajar mendalami agama.
“Teringat masa mula belajar dulu. Setiap malam suami buat ujian bacaan sebelum tidur. Sepanjang hari jenuh menghafal. Bila teringat detik itu, terasa cepat masa berlalu,” komen Giey Patrick.
“Saya pun mualaf. Alhamdulillah sekarang saya sudah pandai solat. Hafal step by step dan hafal semua bacaan solat. Saya selalu ikut suami solat sehingga saya pandai solat,” kata Cecilion pula.
“Alhamdulillah, saya juga seorang mualaf baru setahun setengah. Sekarang sedang belajar tajwid. Alhamdulillah dapat suami yang boleh bimbing saya. Semoga istiqomah,” kata seorang lagi wargamaya.
BACA: Kenapa Bentuk Buah Pisang Melengkung? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya
@jasmani95 Teaching my mualaf wife how to solat for the first time #wife #mualaf #fyp
♬ suara asli – Makka.Madina.Good_Story – Makkah.Madinah.Good_Story
Apa pun, semoga rumah tangga yang dibina dipenuhi kebahagian dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
BACA: Kenapa Burung Unta Makan Batu Kecil? Ini Penjelasannya
Sumber: @jasmani95 via TikTok