Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Sharabutdin Magomedov
Kredit: UFC

Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu”

Siti Nur Ain Natasya

Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu”

Bertarung di pentas Ultimate Fighting Championship (UFC) sudah cukup mencabar bagi mana-mana atlet.

Namun, bayangkan jika perlu melakukannya dengan hanya satu mata — sesuatu yang ‘mustahil’ bagi ramai, tetapi menjadi realiti bagi Sharabutdin Magomedov.

Atlet kelahiran Dagestan ini semakin menjadi bualan selepas kembali ke gelanggang dalam acara UFC Fight Night 250 di Arab Saudi, baru-baru ini.

Dalam perlawanan sengit tersebut, beliau berdepan bintang Britain yang terkenal dengan gaya pertarungan unik, Michael ‘Venom’ Page.

Walaupun Magomedov terpaksa akur dengan rekod kekalahan pertamanya dalam dunia UFC, aura juangnya terus memukau ramai.

Beliau tetap dilihat sebagai salah seorang pertarung hebat dalam dunia seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Magomedov, 30, mula mencuri perhatian peminat tegar MMA di Rusia dengan rekod knockout sebanyak 90 peratus.

Namun, namanya hanya benar-benar dikenali di pentas antarabangsa selepas debut UFC pada Oktober 2023.

Akan tetapi, bukan rekod perlawanan atau tekniknya yang menjadi bualan utama.

Sebaliknya kemampuan luar biasa beliau bertarung dengan hanya satu mata setelah kecederaan parah yang hampir meragut kariernya.

8 pembedahan, 2 tahun ‘senyap’ dalam MMA

Pada awal kariernya, Magomedov mengalami kecederaan serius di mata kanan yang memaksanya menjalani lapan pembedahan besar bagi menyelamatkan penglihatan.

“Sebelum pembedahan, saya takut dengan suntikan di mata. Saya pernah menonton video tentangnya — sangat tidak menyenangkan,” katanya mengenang pengalaman ngeri itu.

Walaupun berada di bawah anestesia, beliau masih dapat merasai setiap prosedur yang menyakitkan apabila matanya ditembusi dari beberapa sisi.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil, dan sebahagian daripada organ matanya terpaksa dibuang.

Selama dua tahun, Magomedov terpaksa meninggalkan dunia pertarungan sambil berdepan tekanan kewangan yang besar.

“Ia memerlukan banyak wang. Ketika itu, saya bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa saya,” katanya.

Keadaan yang sukar itu hampir membuatkan Magomedov berputus asa untuk kembali dan terus bergelar atlet MMA.

Namun, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membangkitkan semula semangatnya untuk kembali ke gelanggang.

Kembali bertarung dengan satu mata

Walaupun kebanyakan doktor akan menasihati atlet untuk bersara apabila berdepan masalah mata yang serius, Magomedov mendapat lampu hijau untuk kembali bertarung.

“Doktor berkata, perkara paling buruk yang boleh berlaku kepada mata saya sudah pun berlaku,” kongsinya.

Bagi sesetengah peminat, kecacatan visual Magomedov mungkin dilihat sebagai kelemahan besar.

Namun, lawannya, Michael ‘Venom’ Page, berpendapat sebaliknya.

“Saya tidak melihat itu sebagai kelebihan buat saya. Lelaki ini mempunyai rekod 15-0 tanpa terkena serangan besar.

“Kita telah melihat atlet dengan satu tangan atau satu kaki yang tetap bertarung dengan cemerlang.

“Tubuh manusia mampu menyesuaikan diri dengan apa sahaja cabaran,” kata Page.

BACA: Gaji Permulaan Yang Sepatutnya Dibayar Oleh Majikan Kepada Pekerja

BACA: Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang

BACA: Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo

Sumber: The Sun