Gaji Permulaan Yang Sepatutnya Dibayar Oleh Majikan Kepada Pekerja
Dalam dunia yang kian mencabar, ramai individu sanggup melakukan apa sahaja demi mencari rezeki dan memastikan kelangsungan hidup keluarga tercinta.
Keadaan ini bahkan mendorong segelintir masyarakat untuk memikul lebih daripada satu pekerjaan dalam satu masa.
Ini terpaksa dibuat semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian serta memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak.
Maka tidak hairanlah kalau gaji atau pendapatan, merupakan satu perkara yang sangat penting dan sering dianggap ‘sensitif’ bagi kebanyakan individu.
Mana tidaknya, persoalan gaji bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi setiap ringgit yang diperoleh membawa makna besar, terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Kadar gaji minimum baharu RM1,700
Justeru, penetapan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa mulai 1 Februari dilihat sebagai khabar gembira buat kebanyakan pekerja di Malaysia.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan pekerja, malah menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), pelaksanaan Perintah Gaji Minimum itu adalah pendekatan besar kementerian dalam meningkatkan pendapatan pekerja.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Dasar Gaji Progresif dan merancakkan pelaksanaan latihan kemahiran bagi meningkatkan produktiviti serta gaji pekerja di pelbagai sektor ekonomi.
Gaji minimum tidak boleh digunakan sebagai ‘benchmark’ gaji permulaan pekerja
KESUMA bagaimanapun menegaskan kadar gaji minimum itu tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja.
Ini khususnya buat siswazah dan para pekerja yang perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.
Dalam satu perkongsian di platform sosial X, The Futurizts memuat naik data daripada KESUMA yang menyenaraikan kadar gaji permulaan mengikut sektor pekerjaan dan tahap kemahiran.
Data ini memberikan gambaran lebih jelas mengenai kadar bayaran yang sepatutnya dibayar oleh majikan kepada pekerja berdasarkan bidang serta tahap kemahiran mereka.
https://x.com/TheFuturizts/status/1886695544623608151?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1886695544623608151%7Ctwgr%5Ef7d83f58f69164f0c0aa15b1d9a0d6c39ee88e6e%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fini-garis-panduan-gaji-sektor-pekerjaan-di-malaysia%2F
Untuk mendapatkan senarai penuh gaji permulaan yang sepatutnya diterima oleh pekerja mengikut bidang tertentu, sila klik di sini.
Kewajipan majikan & tindakan undang-undang
Dengan penetapan gaji minimum baharu ini, semua majikan diwajibkan untuk mematuhi perintah tersebut bagi memastikan pekerja mereka menerima sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan.
Langkah ini diambil bagi melindungi hak pekerja serta memastikan mereka mendapat bayaran yang setimpal dengan usaha yang diberikan.
Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum ini adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda yang ditetapkan.
BACA: Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang
BACA: “Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo
BACA: Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo
Sumber: BERNAMA, The Futurizts