Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Ini Hanyalah Permulaan," Azizulhasni Awang Kini Di Ranking Keenam Dunia

Azizulhasni Awang
Kredit: Bernama

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus membanggakan Malaysia apabila kini menduduki tangga keenam dunia bagi acara pecut elit lelaki (Men Elite Sprint) dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menerusi senarai ranking bertarikh 20 Oktober 2026 yang dikongsikan sendiri di platform X, Azizulhasni berjaya melonjak sembilan anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan kutipan 3,970 mata.

Azizulhasni Awang keenam dunia

Kedudukan itu menyaksikan beliau hanya satu tangga di belakang pelumba China, Li Zhiwei, yang menduduki tempat kelima dengan 4,201 mata.

“Alhamdulillah, ranking keenam terbaik dunia dan ini hanyalah permulaan, insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Sementara itu, pelumba dari Belanda, Harrie Lavreysen mengungguli ranking dunia bagi acara tersebut dengan kutipan 5,180 mata, diikuti pelumba Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul di tempat kedua dengan 4,931 mata.

Intipati
  • Azizulhasni Awang kini berada di ranking keenam dunia acara pecut elit lelaki UCI.
  • Beliau melonjak sembilan anak tangga dengan kutipan 3,970 mata dalam senarai terbaru.
  • Harrie Lavreysen mendahului ranking dunia, diikuti Nicholas Paul di kedudukan kedua.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan