Tiada Lagi Yabang Khalifah, Vokalis Hang Pi Mana Ucap “Selamat Tinggal”
Vokalis kumpulan muzik tanah air Khalifah, Yabang mengumumkan tidak lagi membuat penglibatan dalam mana-mana industri hiburan tanah air.
Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Haji Oyong berkata demikian dalam satu coretan di Facebook rasmi miliknya.
Katanya, dia tidak lagi bersama muzik band Khalifah.
“Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua,sebelum itu selamat tinggal KHALIFAH dan maafkan aku kerana berundur dari band ini…..” tulisnya.
Tiada Lagi Yabang Khalifah
Selepas hampir 19 tahun berkecimpung dalam arena muzik tanah air, dia memberitahu persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Kali Ke-31 antara memori yang kekal terpahat dalam dunia hiburan negara.
Bagi Yabang, gelaran Yabang Khalifah akan terus ‘hidup’ dalam kenangan industri itu.
“Yabang Khalifah itulah nama yang kedengaran dan aku mengubahnya pada hari ini Yabang D’Rimba Jingga…
“Pelik tapi itulah perjalanan akhir aku dlm industri ini. Selamat tinggal dan terima kasih KHALIFAH Jiwa ku,” luahnya.
Antara lagu popular dihasilkan adalah Hang Pi Mana, Cikgu Ayu termasuklah Kasihnya Laila.
Untuk makluman, Kumpulan Khalifah ditubuhkan pada tahun 2006 yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Yabang, Dedy, Apak, Moy dan Tony.
Sumber: Facebook Yabang D’rimba Jingga