Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Helikopter Terbakar Di Bentong, Petugas Lapangan Maut
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Seorang petugas lapangan (groundcrew) maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami kecederaan manakala helikopter berkenaan terbakar serta musnah 100 peratus.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.
Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Sumber: Bernama