‘Durian Runtuh’, Wanita Cemas Raja Buah Jatuh Tepat Atas Kepala
Durian yang digelar sebagai “Raja Buah,” merupakan buah tropika yang sangat digemari di rantau Asia Tenggara, termasuk oleh penduduk di Malaysia.
Selain rasanya yang unik dan aromanya yang kuat, buah ini turut memiliki pelbagai khasiat pemakanan yang tersendiri.
Bagi pencinta durian, tiada pengalaman yang lebih menyeronokkan daripada menikmati buah ini terus dari dusunnya.
Suasana semula jadi yang dikelilingi oleh pokok durian, bau harum buahnya yang menyelubungi udara serta keseronokan memilih dan membuka durian segar menjadikan pengalaman ini begitu istimewa.
Buah durian jatuh atas kepala seorang wanita
Namun berbeza pula dengan pengalaman wanita ini apabila ditimpa sebiji Raja Buah sewaktu sedang enak menikmati durian di sebuah dusun.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @userqu89go2yxa di TikTok, dia ketika itu sedang berteduh dibawah sebatang pohon durian.
Seperti pohon durian di dusun-dusun moden, pokok durian itu tidak begitu tinggi tapi sudah pun berbuah.
“Ini baru betul maksud durian runtuh”
Suasana redup di bawah rimbunan daun pokok durian menjadikan pengalaman itu lebih nyaman dan santai. Namun malang tidak berbau apabila sebiji durian dari pohon berkenaan jatuh tepat di atas kepalanya.
Jika dilihat, buah durian yang menimpa kepala wanita berkenaan mempunyai saiz sederhana besar.
@userqu89go2yxa berasa sangat terkejut dan menjerit kesakitan, sambil memegang kepalanya yang terasa perit akibat hentaman durian berduri tajam itu.
Video berdurasi 00:44 saat turut memaparkan beberapa individu di sekelilingnya kelihatan panik menyaksikan kejadian itu.
@userqu89go2yxa berkata, dia seolah-olah merasakan ajalnya sudah tiba apabila buat durian berkenaan menimpa kepalanya.
Video berkenaan meraih perhatian orang ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi dan bersimpati dengan nasib @userqu89go2yxa.
Ada yang turut memberi nasihat untuk memakai topi keledar keselamatan apabila berada di dalam dusun durian untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
@userqu89go2yxa please smoga kesian ini tdk trjadi lagi #durianruntu #durianjatuhdiataskepala #durian #duri #fypage
BACA: Anak Curi Barang Kemas Ibu RM600,000 & Jual Hanya RM36
Sumber: @userqu89go2yxa via TikTok