Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Barang Kemas Ibu
Kredit: SCMP

Anak Curi Barang Kemas Ibu RM600,000 & Jual Hanya RM36

Athirah

Anak Curi Barang Kemas Ibu RM600,000 & Jual Hanya RM36

Seorang remaja perempuan di China dilapor mencuri barang kemas milik ibunya yang bernilai 1 juta Yuan (kira-kira RM 609,000) dan menjual semula pada harga 60 Yuan (kira-kira RM36).

Menurut portal South China Morning Post, remaja berkenaan kemudian membeli subang bibir dan anting-anting menggunakan hasil jualan tersebut.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu remaja itu di Balai Polis Wanli, di Biro Keselematan Awam Putou.

Difahamkan, antara barang kemas yang diambil oleh remaja berkenaan termasuklah gelang jed, rantai emas dan batu permata berharga yang semuanya dijual di sebuah pasar tempatan.

Anak jual barang kemas ibu bernilai RM600,000 hanya RM36 untuk beli anting-anting

SCMP berkata, remaja terbabit yang dipercayai sedang mengalami fasa “pemberontakan remaja” menganggap barang kemas itu palsu dan menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang saku.

“Saya tidak tahu mengapa dia mahu menjual barang kemas itu. Tetapi, dia ada memberitahu memerlukan wang. Bila saya tanya berapa, dia hanya jawab 60 Yuan.

“Saya tanya untuk apa dan dia memberitahu, “Saya nampak seseorang memakai subang bibir dan saya fikir ia kelihatan menarik jadi saya mahu satu juga.”

“Dia beritahu bahawa subang bibir itu berharga kira-kira 30 Yuan dan mereka akan memberikan sepasang anting-anting tambahan dengan harga 30 Yuan, jadi jumlahnya 60 Yuan,” kata si ibu kepada pegawai polis.

Berjaya mengesan dan mendapatkan semula barang-barang kemas

Menurut SCMP, polis segera melancarkan siasatan sebaik sahaja menerima laporan dengan meneliti rakaman kamera pengawasan dan berkoordinasi dengan pengurusan pasar awam itu.

Difahamkan, mereka berjaya mengesan dan mendapatkan semula barang-barang kemas yang telah dijual sebelum diserahkan semula kepada ibu remaja tersebut.

“Pemilik kedai tiada pada hari itu, jadi kami menghubungi mereka melalui telefon dan mengatur supaya mereka datang ke balai polis untuk koordinasi lanjut,” kata pegawai polis yang bertugas.

Kes berkenaan menjadi tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Sebahagian warganet bersetuju dengan tindakan si ibu melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Namun begitu, ada juga yang bersimpati dengan remaja berkenaan yang mungkin tidak mendapat wang saku untuk membeli perhiasan yang diinginkannya.

BACA: Pesawat Bawa 10 Orang Dilapor Hilang Di Alaska

Sumber: South China Morning Post