Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Anggota Polis Bantu Anjing
Kredit: @biarlah.bundle via TikTok
Tiada Kategori

Tindakan Anggota Polis Trafik Selamatkan Anjing Jatuh Longkang Dipuji Ramai

Athirah

Tindakan Anggota Polis Trafik Selamatkan Anjing Jatuh Longkang Dipuji Ramai

Berbuat baik kepada semua makhluk di muka bumi adalah satu nilai murni yang harus diamalkan oleh setiap individu.

Selain itu, kebaikan bukan sahaja terbatas kepada sesama manusia, namun merangkumi haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam kehidupan seharian, kebaikan boleh ditunjukkan melalui perbuatan kecil seperti membantu sesama manusia, menjaga kebajikan haiwan dan melindungi alam sekitar.

Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada makhluk lain, tetapi juga membawa ketenangan jiwa dan kebahagiaan kepada diri sendiri.

Anggota trafik bantu seekor anjing raih perhatian ramai

Baru-baru ini, satu video menjadi tular di media sosial apabila beberapa anggota polis trafik dilihat membantu seekor anjing jalanan yang dipercayai sakit di Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @biarlah.bundle di TikTok, kelihatan seekor anjing berwarna putih telah terperangkap di dalam saluran longkang dan tidak dapat bergerak kerana kaki yang sakit.

Lebih menyayat hati lagi apabila anjing tersebut berada di dalam keadaan longkang yang dipenuhi air dan lumut.

Video berdurasi 58 minit itu turut memaparkan beberapa orang awam termasuk anggota polis sedang berkumpul dan mencari cara yang berkesan untuk membantu haiwan berkenaan.

Dengan menggunakan plastik hitam, akhirnya anjing berwarna putih itu berjaya dikeluarkan dan diletakkan di kawasan yang lebih kering.

Selain itu, dapat dilihat kesan darah pada bahagian kaki haiwan berkenaan, manakala riak wajahnya jelas menunjukkan ia sedang menahan kesakitan selepas diselamatkan.

“Kasih dan sayang tanpa sempadan, haiwan juga nyawa yang berharga,” kata @biarlah.bundle.

Video tersebut turut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menerusi hantaran di Facebook, PDRM memuji kebaikan yang dilakukan oleh anggota yang dikenali sebagai Lans Koperal Adrian Johnny itu.

Menurutnya, kebaikan jelas terpancar melalui tindakan Adrian menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh ke dalam longkang di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

Beliau ketika itu bersama rakan setugas iaitu Koperal Mohd Rasul Putera Mohd Shahauddin dan Koperal Muhammad Zulhairi Yahaya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Difahamkan, beliau kemudiannya meneruskan tugasan selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki budiman untuk membawa pulang dan memberi rawatan lanjut kepada haiwan tersebut.

“Semoga kemuliaan peribadi setiap anggota tersebut menjadi inspirasi buat warga Sang Saka Biru lain untuk terus melakukan kebaikan kepada semua makhluk di atas muka bumi ini,” kata PDRM.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

BACA: Pempengaruh Media Sosial Diingatkan Berpada-pada, Tidak Keterlaluan Hasilkan Kandungan – Fahmi

Sumber: @biarlah.bundle via TikTok