Buaya Dikesan Sekitar Sungai Masjid Jamek
Kehadiran seekor buaya yang dikesan di kawasan sekitar Sungai Masjid Jamek telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.
Penemuan reptilia itu turut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi pendek tular di media sosial.
Video tersebut memaparkan seekor buaya yang didakwa sedang berada di sungai berdekatan Masjid Jamek.
@aminjayxll
Rakaman itu dipercayai dibuat oleh seorang individu yang melalui jalan berhampiran lokasi kejadian.
Dalam perkembangan lain, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan kejadian terbabit.
Pihak mereka turut dipercayai sedang membuat pemantauan dan dalam proses untuk menaikkan papan tanda.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan sungai sekiranya melihat kelibat buaya dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
BACA: Suspek Kes Tembak Di Pusat Beli-Belah Setia Alam Dikenal Pasti – Polis
BACA: 41 Maut Selepas Bas, Lori Bertembung
BACA: Pekerja Pembersihan Cedera Insiden Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam
Sumber: Orang awam