Gempa Bumi Dilapor Landa Kota Marudu, Sabah
Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah, pada jam 1o.39 pagi, hari ini.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.3° Utara dan 116.8° Timur, dengan magnitud 3.8 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 27 kilometer Selatan dari Kota Marudu, Sabah, dengan kedalaman 10 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di kawasan Kota Marudu, Sabah.
METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.
Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.
Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.
BACA: Nahas KM204: Syarikat Lori Disyaki Punca Kemalangan Didakwa 4 Mac
BACA: Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat
BACA: 4 Dakwaan Mengenai DeepSeek Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: METMalaysia