Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Dakwaan DeepSeek
Kredit: DeepSeek Logo

4 Dakwaan Mengenai DeepSeek Yang Anda Perlu Tahu

Siti Nur Ain Natasya

4 Dakwaan Mengenai DeepSeek Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, pembantu AI DeepSeek R1 buatan China telah mencuri perhatian dunia teknologi.

Aplikasi sumber terbuka dan percuma ini mencatat rekod luar biasa apabila menjadi yang paling banyak dimuat turun dalam tempoh hanya seminggu.

Tidak hanya itu, kejayaan ini turut berjaya mengatasi pesaing utama seperti ChatGPT dan ByteDance, sekali gus memberi impak besar kepada pasaran teknologi.

Bagaimanapun, meski mendapat sambutan hangat, terdapat beberapa isu penting yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar dan pengguna.

Berikut adalah empat dakwaan utama mengenai DeepSeek yang perlu anda ketahui:

1. Isu penyimpanan data

Perunding keselamatan AI, Heather Murray, memberi amaran bahawa DeepSeek menyimpan data pengguna tanpa had masa.

“DeepSeek terus menyimpan data anda walaupun selepas anda berhenti menggunakan aplikasi,” ujarnya.

Atas sebab ini, DeepSeek telah diharamkan penggunaannya di beberapa negara seperti Taiwan dan Itali.

Bahkan, organisasi utama seperti NASA dan Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengambil langkah yang sama kerana kebimbangan terhadap privasi data.

2. Pemantauan tekan kekunci dalam polisi privasi

Seorang pendidik AI, Tara Thompson mendedahkan penemuan mengejutkan selepas menyemak polisi privasi DeepSeek.

“Polisi DeepSeek secara jelas menyatakan bahawa mereka menjejak setiap tekan kekunci (keystrokes). Itu adalah perkara yang tidak boleh diterima bagi saya,” jelasnya.

Pengguna sering kali beranggapan bahawa aplikasi yang terdapat dalam App Store mematuhi piawaian keselamatan.

Namun, isu ini menunjukkan DeepSeek mungkin tidak memenuhi standard keselamatan yang sama seperti aplikasi lain.

3. Penapisan ketat dan kawalan tersembunyi

Seorang pakar keselamatan siber, Chris Duffy mendapati bahawa DeepSeek menapis topik politik sensitif bagi mematuhi peraturan kerajaan China.

“Tidak seperti OpenAI atau Google, DeepSeek secara sistematik menyekat topik tertentu berdasarkan arahan kerajaan,” jelasnya.

Chris menguji DeepSeek dengan mengajukan soalan mengenai isu politik sensitif, dan ia enggan memberikan jawapan.

Namun, apabila soalan tersebut dimuat naik sebagai imej, DeepSeek pada mulanya memberikan jawapan sebelum memadamkannya beberapa saat kemudian.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan bahawa DeepSeek mungkin menyelaraskan jawapannya berdasarkan agenda geopolitik tertentu.

Ini secara tidak langsung menjadikannya tidak boleh dipercayai sebagai sumber maklumat yang bebas dan neutral.

4. Kos operasi mungkin lebih tinggi untuk perniagaan

DeepSeek sering dipromosikan sebagai model AI yang lebih cekap. Namun, penyelidikan oleh firma perunding Arthur D. Little (ADL) menafikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan ADL, jawapan yang lebih panjang daripada DeeSeek memerlukan lebih banyak tenaga kerana ia menjana 59 hingga 83 peratus lebih banyak token bagi setiap jawapan.

Situasi ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan tenaga dan menyebabkan kos operasi DeeSeek berkemungkinan lebih tinggi berbanding syarikat AI besar yang lain.

Namun begitu, meski kebimbangan ini telah beberapa kali dibangkitkan, pihak syarikat masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu tersebut.

BACA: Berlayar Berhampiran “Segi Tiga Bermuda”, Lelaki Kongsi Penemuan ‘Kapal Hantu’

BACA: Digelar “Mowgli” Dunia Nyata, Ini Kisah Hidup Dina Sanichar

BACA: Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu”

Sumber: Forbes