Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Berlayar Berhampiran “Segi Tiga Bermuda”, Lelaki Kongsi Penemuan ‘Kapal Hantu’
Matt Rutherford, seorang pelayar yang berpengalaman, pernah menempuh satu pencapaian yang dianggap hampir mustahil oleh ramai pelayar iaitu menjayakan pelayaran solo mengelilingi benua Amerika.
Pengalaman luas Rutherford dalam dunia pelayaran ini membolehkannya menjadi sebahagian daripada satu pasukan penyelidikan yang menemui dan menarik sebuah ‘kapal hantu’ ketika belayar di Segi Tiga Bermuda pada 2013.
Segi Tiga Bermuda, atau lebih dikenali dengan nama “Segi Tiga Syaitan”, memang terkenal dengan ‘reputasi’ yang penuh misteri.
Ketika berada di sana, penemuan sebuah kapal tanpa awak yang hanyut tanpa tujuan tentu menjadi satu pengalaman yang menyeramkan.
Namun, Rutherford yang tidak mudah terkesan dengan suasana menegangkan itu, terus memanjat ke atas kapal tersebut.
Rutherford memastikan tiada penumpang yang cedera sebelum mencuba menghubungi pemilik kapal, dan menarik kapal tersebut kembali ke pantai.
Meskipun ramai di antara kita mungkin akan merasa seram untuk belayar ke kawasan yang sarat dengan legenda dan misteri ini, itu bukanlah pengalaman paling menakutkan bagi Rutherford.
Beliau pernah mengharungi satu perjalanan yang lebih mencabar, iaitu berlayar sendirian selama 309 hari mengelilingi kedua-dua benua Amerika, satu pencapaian luar biasa yang berlaku dua tahun sebelum penemuan kapal hantu tersebut.
Pada 2011, Rutherford memulakan pelayaran solo dengan sebuah kapal layar sepanjang 27 kaki dari Teluk Chesapeake, Amerika Syarikat.
Beliau belayar ke utara menuju Kanada, melintasi perairan berbahaya di laluan terkenal Northwest Passage.
Dari sana, beliau meneruskan pelayaran melalui Lautan Pasifik, berpusing di Tanjung Horn di Chile, dan akhirnya kembali ke Annapolis, Maryland, tempat beliau bermula.
Walaupun perjalanan ini kelihatan ‘mudah’, ia sebenarnya merupakan satu pencapaian yang amat menakjubkan.
Pelayaran solo ini dianggap sebagai “misi bunuh diri” oleh ramai orang kerana bahaya yang dihadapi sepanjang perjalanan.
Ini terutamanya ketika melintasi Northwest Passage yang terkenal dengan cuaca ekstrem dan risiko terperangkap dalam lapisan ais atau terdampar di kawasan gurun beku.
Pelayaran Rutherford yang menakjubkan itu kemudian menjadi subjek dokumentari “Red Dot on the Ocean: The Matt Rutherford Story”.
Dokumentari ini menceritakan kisah beliau sebagai seorang pelayar yang ‘belajar sendiri’ dan memaparkan rakaman video menakjubkan yang diambil semasa pelayaran tersebut.
“Ketika Matt Rutherford memulakan perjalanannya, saya fikir dia seorang yang gila.
“Anda sedar sebelum berlepas bahawa anda boleh mati.
“Anda sedar bahawa anda mungkin tidak akan kembali apabila meninggalkan dermaga,” kata Herb McCormick, seorang pelayar yang juga wartawan.
Pelayaran ini akhirnya berjaya meraih dua rekod dunia Guinness untuk Rutherford, iaitu:
1. Pelayaran solo mengelilingi benua Amerika tanpa henti.
2. Individu yang menggunakan kapal terkecil dalam sejarah untuk melintasi Northwest Passage.
BACA: “Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo
BACA: “Rahsia” Ronaldo Kekal ‘Fit’ Meski Usia Cecah 40 Tahun
BACA: Rancangan Ronaldo Selepas Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak
Sumber: LADbible