Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Rancangan Ronaldo selepas bersara
Gambar: X @Cristiano

Rancangan Ronaldo Selepas Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak

Hannah

Rancangan Ronaldo Selepas Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak

Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak dari Portugal yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-40 semalam, mempunyai impian besar untuk masa depannya selepas bersara sebagai pemain bola sepak.

Menurut Ronaldo, selepas bersara, beliau berhasrat untuk memiliki beberapa kelab bola sepak, satu perancangan yang cukup menarik perhatian peminat sukan di seluruh dunia.

Ronaldo menyatakan dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Portugis, Canal 11, bahawa menjadi pengarah atau pengurus kelab bukanlah pilihannya selepas tamat karier sebagai pemain.

“Ia tidak masuk akal untuk menjadi pengarah kelab. Jika saya boleh menjadi pemilik kelab, kenapa saya perlu menjadi pengurus, pengarah sukan atau CEO?” ujar legenda bola sepak itu.

Bintang yang pernah memenangi lima Ballon d’Or ini menjelaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi pengurus.

Beliau berpendapat bahawa tugas pengurus lebih mencabar berbanding menjadi seorang pemain bola sepak.

Sebaliknya, beliau mempunyai impian untuk memiliki beberapa kelab bola sepak suatu hari nanti.

“Ini adalah impian saya, dan saya yakin saya akan mencapainya,” tambahnya.

Ronaldo turut menegaskan bahawa dia bukan sekadar berhasrat untuk memiliki satu kelab, tetapi beberapa kelab dalam masa akan datang.

Kekayaan dijangka terus ‘mencanak’

Selepas menyertai kelab Al Nassr di Arab Saudi pada 2022 dengan gaji tahunan melebihi USD 200 juta (kira-kira RM885 juta), Ronaldo tidak hanya terhad kepada dunia bola sepak.

Beliau juga telah meluaskan pelaburannya dalam pelbagai bidang seperti hotel, jenama kecergasan, selain memiliki saham dalam sebuah syarikat media di Portugal.

Dengan niat untuk melabur dalam kelab bola sepak, Ronaldo dikatakan mengikuti jejak langkah dua pemain legenda dalam dunia bola sepak.

Pertama, Ronaldo Nazario dari Brazil, yang memiliki saham majoriti dalam kelab Real Valladolid di Sepanyol.

Kedua, David Beckham, bekas kapten England yang merupakan pemilik bersama kelab Inter Miami di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, meski merancang untuk memiliki kelab bola sepak, Ronaldo belum memberi petunjuk jelas mengenai bila beliau akan bersara.

Pada masa ini, beliau masih mewakili pasukan kebangsaan Portugal dan dijangka memperbaharui kontraknya dengan Al Nassr hingga Jun 2026 dengan bayaran tahunan sekitar EUR 200 juta (kira-kira RM920 juta).

“Saya masih suka berlatih, walaupun tidak sama seperti ketika saya berusia 20 tahun, saya masih merasai semangat itu.

“Kawan-kawan saya berkata saya tidak ada kehidupan, memang betul, tapi saya suka, saya tahu ia akan berakhir dalam satu, dua atau tiga tahun. Saya tidak tahu. Saya tidak kisah tentang itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, selain bola sepak, Ronaldo juga melabur dalam beberapa perniagaan lain.

Sepuluh tahun lalu, beliau bekerjasama dengan Pestana Hotel Group untuk membuka jenama hotel Pestana CR7 Lifestyle Hotels.

Kini, hotel tersebut terdapat di beberapa lokasi antaranya New York, Madrid, Lisbon, Marrakech, dan Funchal.

Pelaburan terbaharu beliau termasuk membeli Lisboa Racket Centre, sebuah kelab tenis dan padel di Lisbon.

Selain itu, beliau juga memperoleh 10 peratus saham dalam pengeluar porselin Portugal, Vista Alegre Atlantis SGPS pada tahun 2024.

Tidak ketinggalan, beliau turut menjadi sebahagian daripada kumpulan pelabur yang membeli sebuah syarikat media yang memiliki akhbar harian paling banyak dibaca di Portugal, Correio da Manha.

BACA: “Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo

BACA: “Rahsia” Ronaldo Kekal ‘Fit’ Meski Usia Cecah 40 Tahun

BACA: Ronaldo Kongsi Sebab Ingin Kekal Di Arab Saudi

Sumber: Middle East Monitor, The Straits Times, City AM