Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Ronaldo Arab Saudi
Gambar: AFP

Ronaldo Kongsi Sebab Ingin Kekal Di Arab Saudi

Hannah

Ronaldo Kongsi Sebab Ingin Kekal Di Arab Saudi

Cristiano Ronaldo dilaporkan terbuka untuk meninggalkan Al-Nassr, dengan kontraknya yang akan berakhir pada musim panas nanti.

Bermula 1 Januari, Ronaldo akan bebas untuk memulakan perbincangan dengan kelab-kelab lain bagi potensi perpindahan pada musim panas depan.

Menurut laporan dari Marca, bintang Portugal berusia 39 tahun itu mungkin akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Al-Nassr.

Bagaimanapun, beliau pada masa yang sama dilaporkan masih memiliki sebab kuat ingin kekal di kelab Arab Saudi tersebut.

Sejak menyertai Al-Nassr pada Januari 2023 selepas meninggalkan Manchester United (MU), Ronaldo telah memberikan impak besar kepada pasukan.

Sepanjang tempoh tersebut, Ronaldo telah membuat 83 penampilan bersama Al-Nassr, mencatatkan 74 gol dan 18 bantuan gol.

Kehadirannya juga telah menarik perhatian bintang-bintang lain seperti Karim Benzema, Sadio Mane dan N’Golo Kante untuk beraksi di liga Saudi.

Walaupun Ronaldo mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan Al-Nassr, Marca melaporkan bahawa beliau sangat berhasrat untuk memenangi kejuaraan liga Arab Saudi sebelum berpisah.

Pada musim lepas, Al-Nassr hanya mampu menduduki tempat kedua dalam Liga Pro Saudi, 14 mata di belakang juara, Al-Hilal.

Musim ini, Al-Nassr berada di tangga keempat, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Al-Ittihad.

BACA: Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

Dalam pada itu, Ronaldo turut dikatakan berminat untuk kembali ke MU dalam beberapa kapasiti selepas dua kali berkhidmat di kelab itu.

Walaupun kembalinya beliau ke Old Trafford mungkin lebih kepada peranan di ‘luar padang’, perhatian kini tertumpu kepada di mana beliau akan bermain pada musim hadapan.

Dengan 916 gol dijaringkan untuk kelab dan negara, Ronaldo bertekad untuk mencapai angka 1,000 gol dan tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.

BACA: Cecah Hampir 40 Juta ‘Subscribers’ Dalam 72 Jam, Ronaldo Raih Pendapatan Lumayan Dari YouTube

Ronaldo baru-baru ini turut mengulas mengenai pemenang Ballon d’Or tahun ini, menyatakan bahawa bintang Real Madrid, Vinicius Jr, sepatutnya memenangi anugerah tersebut.

“Saya amat mengagumi cara mereka menjalani kerjaya, (Jude) Bellingham, Lamine (Yamal), sekarang Vinicius, mereka melakukan kerja yang luar biasa.

“Pada pendapat saya, dia (Vinicius) patut menang Ballon d’Or. Ia tidak adil, saya katakan di sini di hadapan semua orang,” kata Ronaldo di Globe Soccer Awards.

Tidak hanya itu, Ronaldo turut mengkritik mengkritik Ligue 1 dari Perancis, sambil memberi komen mengenai bola sepak di Arab Saudi.

“Liga Saudi lebih baik daripada Ligue 1, sudah tentu. Perancis hanya ada PSG, selebihnya sudah tamat. Cuba lari dalam suhu 38, 39, 40 darjah dan lihatlah…

“Ia sukar untuk menjadi juara di Saudi. Tahun ini Al-Hilal lebih baik, Al-Ittihad di puncak liga, tetapi saya percaya kita perlu berusaha keras untuk menjadi juara.

“Saya sudah menjadi juara di mana-mana tempat saya bermain dan saya percaya saya akan menjadi juara lagi, tetapi saya memenangi trofi ini kerana menjaringkan banyak gol dan memberikan banyak bantuan gol serta mengekalkan tahap permainan saya,” tambahnya.

BACA: Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara

Sumber: Daily Mail