Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Ronaldo bersara
Gambar: AFP

Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara

Hannah

Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara

Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod luar biasa apabila mencatat gol ke-132 dalam perlawanan antarabangsa, menjadikannya pemain dengan gol terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki.

Rekod itu diraih selepas Portugal ‘membelasah’ Poland 5-1 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, di mana Ronaldo menyumbang dua gol, termasuk satu jaringan akrobatik “bicycle kick”.

Kemenangan tersebut sekali gus memastikan Portugal menempah tempat di peringkat suku akhir kejohanan.

Dengan rekod baharu ini, Ronaldo mengatasi bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Sergio Ramos, yang memiliki 131 gol antarabangsa bersama Sepanyol.

Namun, di sebalik pencapaian gemilang ini, Ronaldo turut membuka bicara tentang masa depan kariernya yang kini berusia 39 tahun.

“Saya hanya mahu menikmati permainan ini.

“Merancang untuk bersara? Jika perlu, mungkin dalam satu atau dua tahun… Saya tidak pasti. Saya hampir mencecah usia 40 tahun.

“Selagi saya masih bermotivasi, saya akan terus bermain. Pada hari saya tidak lagi rasa bermotivasi, saya akan bersara,” ujar pemenang Ballon d’Or itu.

Ronaldo tidak merancang untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas bersara

“Saya tidak nampak diri saya sebagai jurulatih. Itu bukan dalam rancangan saya.

“Masa depan saya terletak di bidang lain di luar bola sepak, tetapi masa akan menentukan segalanya,” tambahnya lagi.

Aksi menentang Poland jelas menunjukkan kemampuan Ronaldo untuk terus memberikan impak besar dalam perlawanan penting.

Meskipun usianya semakin meningkat, Ronaldo terus membuktikan bahawa beliau masih mampu beraksi pada tahap terbaik.

Penampilan gemilangnya ini turut menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana beliau boleh terus menyumbang di peringkat antarabangsa.

Sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat dalam sejarah, Ronaldo masih menjadi inspirasi bukan sahaja kepada peminat bola sepak tetapi juga kepada generasi pemain yang akan datang.

Untuk info, Portugal dijadualkan menentang Croatia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.

Bagaimanapun, Ronaldo telah dilepaskan lebih awal daripada skuad kebangsaan untuk kembali ke kelabnya, Al Nassr.

BACA: Haikal Hallo Fightlab Tumbangkan Nong Ice Rodtang Dengan TKO

BACA: Masters Jepun: Jun Hao Tewaskan Juara All England 2024 Untuk Melangkah Ke Pentas Final

BACA: Jake Paul Tewaskan Mike Tyson

Sumber: ESPN, Be Soccer