Lamaran Dasar Laut Jadi Viral, Komen Netizen Lagi ‘Win’
Biasanya dalam budaya Melayu, proses melamar bermula dengan merisik.
Dalam majlis ini, pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga perempuan untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ daripada mereka.
Jika semuanya berjalan lancar, barulah majlis pertunangan boleh diatur.
Namun, zaman sekarang lain pula ceritanya. Semakin banyak pasangan kini gemar mencipta momen lamaran yang luar biasa dan penuh makna.
Bila bercakap tentang lamaran perkahwinan, kebanyakan kita pasti terbayang suasana romantik dengan bunga-bungaan, lilin atau berlatarbelakangkan matahari terbenam di tepi pantai.
Tapi siapa sangka, ada yang sanggup ‘menyelam jauh’ demi cinta?
“Kerana melamar di daratan terlalu biasa”
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok telah menjadi tular, memaparkan lamaran unik di dasar laut.
Akaun @syahazlangg berkongsi detik indah apabila Syah Azlan melamar kekasih hatinya, Nurul Farzana, pada kedalaman 18 meter di bawah paras laut.
Dalam video tersebut, Syah yang lengkap berpakaian penyelam memegang papan putih bertulisan “Will you marry me?” sebagai ganti ungkapan lisan yang sememangnya mustahil diucapkan di dalam air.
Lebih menarik, cincin pertunangan turut diberikan sambil beberapa gambar kenangan dirakam di dasar laut.
“Saya rasa lamaran di meja makan sudah biasa orang buat. Jadi saya harap dengan lamaran di dasar laut ini dapat menjadi memori indah sehingga akhir hayat,” kata Syah ketika ditemu bual.
@syahazlangg 18 meter di bawah and she said YES! #proposal #shesaidyes
“The real lautan dalam sanggup ku redah”
Seperti biasa, ruangan komen ‘meriah’ dengan pelbagai reaksi netizen yang tidak pernah mengecewakan.
Selain ucapan tahniah, ada juga yang berlawak sakan.
“Hidupan laut menjadi saksi cinta mereka berdua,”
“Lepasni wedding kat dalam laut jugak ke?”
“Dulu abah lamar mama kat laut tau, kamu kena lamar awek kamu kat gunung berapi pula,”
“Patut lah aku single lagi, mungkin jodoh ada dalam laut,”
“Aku kat darat pun takde yang serius, kena masuk laut dulu ke macam mana ni?”
“Di darat dah, di laut dah. Jomlah pindah langit,”
BACA: Selepas 5 Tahun Ditutup, Pusat Peranginan Bukit Larut Bakal Dibuka Semula
BACA: Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma
BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni
Sumber: @syahazlang via TikTok
Lelaki kongsi detik lamar kekasih di dasar laut, komen ‘win’ netizen curi perhatian.