Siakap Keli
Api marak berhenti
Gambar: Afiz Ayub

Lelaki ‘Terkejut’ Api Marak Seakan ‘Berhenti’ Di Satu Sudut

Lelaki ‘Terkejut’ Api Marak Seakan ‘Berhenti’ Di Satu Sudut

Hidup ni memang tak pernah sunyi dari ujian, kan? Kadang-kadang ujian tu datang macam ribut, tak bagi salam, tak beri amaran.

Bila musibah melanda, terasa dunia tiba-tiba gelap. Semua yang kita bina, semua yang kita usahakan, seolah-olah hilang dalam sekelip mata.

Berat, pedih, perit… tapi siapa tahu, ada ‘sesuatu’ yang Allah sembunyikan di sebalik semua itu?

Itulah kisah luar biasa yang dialami pengguna Facebook, Afiz Ayub, bila stor simpan kereta miliknya boleh dikatakan ‘hampir musnah sepenuhnya’ dijilat api.

Gambar: Afiz Ayub
Gambar: Afiz Ayub
Gambar: Afiz Ayub
Gambar: Afiz Ayub

“Semalam salah satu kedai dan office saya di Shah Alam ditimpa musibah kebakaran. Api yang marak terlalu cepat sehingga mencairkan barangan plastik terutama aircond, computer dan lain-lain,” katanya.

Kata Afiz, bangunan kedai bertingkat itu bukan sahaja berfungsi sebagai stor penyimpanan kenderaan tetapi turut menempatkan bengkel Rocky Ottomobile di tingkat bawah.

Di tingkat atas pula, Afiz menyimpan barangan berkaitan umrah serta peralatan pengurusan jenazah.

Kebakaran ‘terhenti’ di satu sudut

Menariknya, Afiz berkongsi, pihak bomba menjelaskan bahawa kebakaran kuat biasanya menelan habis segala yang berdekatan dalam sekejap sahaja.

Tapi apa yang menakjubkan, api yang marak ganas membakar hampir keseluruhan kawasan tiba-tiba seolah-olah ‘berhenti’ dengan ajaib di satu sudut tertentu.

Gambar: Afiz Ayub

“Bayangkan keadaan di mana segala yang ada di sekeliling habis dijilat api, namun kawasan yang ditanda itu kekal bersih dan tidak terusik, tepat berada di belakang kenderaan saya.

“Apa yang lebih menarik, selepas diperiksa, rupa-rupanya kotak yang berada dalam kawasan tersebut mengandungi kain kapan, kain penutup keranda, kain ihram serta peralatan pengurusan jenazah yang saya beli untuk tujuan infak pada bulan Ramadan nanti.

“Kain penutup keranda tersebut baru sahaja tiba dari Madinah dan secara kebetulan petugas meletakkannya di sudut itu.

“Secara logiknya, kain, kotak, dan bagasi pasti akan terbakar serta cair. Namun, dengan rezeki yang Allah kurniakan, Dia memberikan perlindungan dan hidayah yang terbaik buat saya,” katanya lagi.

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah”

Percaya atau tidak, kadang-kadang musibah yang nampak seperti malapetaka itulah sebenarnya pintu kepada hikmah yang besar.

Sebagai manusia yang hanya menumpang di dunia ini, segala yang kita miliki sebenarnya hanyalah pinjaman daripada Maha Pencipta.

Harta, kesihatan, bahkan waktu yang kita nikmati setiap hari semuanya bersifat sementara.

Justeru, setiap detik kehidupan, sama ada indah atau pahit, perlu disyukuri.

Semoga urusan Afiz dipermudahkan, dan semoga kisah luar biasa ini menjadi teladan untuk kita semua.

BACA: Tentera Israel ‘Berundur’ Dari Koridor Netzarim Di Gaza

BACA: Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat

BACA: Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma

Sumber: Afiz Ayub via Facebook

Stor simpan kereta terbakar, lelaki terkejut api marak seakan ‘berhenti’ di satu sudut.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.