Siakap Keli
Dua Beradik Hilang
Kredit: Astro Awani

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Dua Beradik Hilang

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Dua Beradik Hilang

Pihak polis kini sedang giat mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan, Selangor, lapor Astro Awani.

Polis Derah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan dua beradik itu kira-kira jam 2:48 pagi, pada Jumaat lalu.

“Dua individu yang dilaporkan hilang ialah Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 tahun dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail Muhammad Rizuan Sebastian, 10 tahun.

“Nur Syafiqah Elliana mempunyai ketinggian lebih kurang 140cm, berbadan kurus, berambut pendek dan kali terakhir dilihat memakai baju panas berwarna gelap, seluar tracksuit panjang warna gelap serta selipar Crocs warna ungu.

Orang ramai yang memiliki maklumat boleh hubungi pihak polis

“Muhammad Adam Mikhail pula mempunyai ketinggian sekitar 135cm, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Tambah Naazron, kali terakhir kedua-dua mereka itu dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Astro Awani berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sjn Karunagaran A/L Balan di talian 012-2449414.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

BACA: Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.