Siakap Keli
Syafiq Kyle Mimi Lana
Gambar: Instagram @syafiqkylez, Instagram @syazwanrazakz

“Syafiq Kyle saya punya dah,” – Mimi Lana Minta Netizen Kenal Syazwan Razak Pula

“Syafiq Kyle saya punya dah,” – Mimi Lana Minta Netizen Kenal Syazwan Razak Pula

Pelakon Mimi Lana sempat berseloroh dengan peminat suaminya, Syafiq Kyle, agar tidak ‘berduka’ selepas dia sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular itu.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, secara santai memberitahu bahawa peminat masih boleh mengenali seseorang yang memiliki wajah seiras Syafiq, iaitu adik kandungnya, Syazwan Razak.

“Korang jangan patah hati, ada seorang lagi yang macam Syafiq Kyle, Syazwan Razak (adik Syafiq).

“Syafiq Kyle saya punya dah,” selorohnya.

@erinaashinee

“Syafiq Kyle saya punya dah” – Mimi Lana✨ mundur gais mundur 🙂‍↔️ #skmlfoundthedate #fy #fyp #fypage #foryou #foryoupage #syafiqkyle #mimilana #fypシ゚

♬ original sound – erinashinee – erinashinee

Reaksi Mimi itu berjaya mencuri perhatian ramai.

Her biggest flex

Rata-rata netizen beranggapan bahawa berjaya memiliki Syafiq Kyle sebagai suami adalah satu ‘pencapaian besar’ buat Mimi.

“Flex yang paling acceptable,”

“Dahla tengah patah hati, cakap pulak gitu… lagi berpatah-patah hati aku,”

“Dah patah hati, akak cakap macam tu, dua kali patahnya,”

Bukan itu sahaja, ada juga yang mula ‘mengintai’ peluang untuk mengenali Syazwan Razak semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Syafiq Kyle.

“@syazwanrazak noted, dah cop dulu. Bye semua,”

“Siapa-siapa kahwin je dengan Syazwan Razak, nanti boleh jadi family dan ipar Syafiq Kyle,”

Syafiq Kyle, Mimi Lana sah suami isteri

Sebelum ini, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik gambar tangannya menggenggam tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di Instagram.

Teka-teki mengenai status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila sumber rapat mengesahkan pasangan itu telah melangsungkan pernikahan.

Majlis tersebut difahamkan berlangsung secara tertutup di The Petrichor, Taiping, dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

BACA: Istimewa, M.Nasir Dendangkan Lagu Nur Nilam Sari Di Hari Perkahwinan Anak

BACA: Siti Saleha Selamat Bernikah Dengan Pereka Fesyen

BACA: Zulkifli Ismail Luang Masa Singgah Kedai Amir Raja Lawak

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: