Siakap Keli
anak oku masuk sekolah
Kredit: Siti Azah

“Tangan Beralaskan Selipar”, Ibu Kongsi Anak OKU Masuk Sekolah Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Tangan Beralaskan Selipar”, Ibu Kongsi Anak OKU Masuk Sekolah Undang Sebak

Umumnya, musim persekolahan telahpun bermula pada 16 Februari  bagi sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala negeri-negeri lain dan Wilayah Persekutuan pula bermula 17 Februari, kelmarin.

Sudah tentu, kepulangan anak-anak murid ke sekolah dinanti oleh seluruh warga pendidik.

Menariknya, pelbagai reaksi dan gelagat anak-anak dapat disaksikan ketika melangkah ke alam persekolahan khususnya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke alma meter.

Ada anak-anak yang bersemangat untuk hadir ke sekolah, selain itu ada juga yang menangis tidak mahu ditinggalkan ibu bapa.

Bahkan, para guru dan ibu bapa tidak berputus asa memberi semangat dan dorongan buat anak-anak kecil ini meneruskan langkah mereka.

Pun begitu, di sebalik senyuman yang terukir di raut wajah, ada juga ibu bapa yang menitis air mata melihat anak kesayangan mereka yang dahulunya dibelai dengan penuh kasih sayang mula menginjak dewasa.

Itulah yang dirasai oleh seorang pengguna TikTok, Siti Azah ketika berkongsi video hari pertama persekolahan buah hati kecilnya menginjak Prasekolah di sebuah sekolah rendah.

Dikala ramai murid-murid sekolah lain berjalan dengan kasut sekolah serba hitam. Anaknya merangkak dengan kedua tapak tangan beralaskan sepasang selipar.

“Hari pertama sekolah, gembira je dik. Ibu yang gementar,” kongsi wanita berkenaan.

Menurut Siti Azah ketika dihubungi SK, dia mendedahkan bahawa si kecilnya merupakan anak istimewa kerana menghidapi sindrom regresi kaudal.

Biarpun tidak seperti murid-murid lain, ibu kepada lima orang anak itu terharu melihat anak bongsunya menjejakkan ke alam persekolahan.

Apatah lagi, ia merupakan pengalaman pertama anak bongsunya. Sudah tentu, dia ingin menjadi tempat bergantung buat anaknya.

Perkongsian klip berkenaan turut meruntun hati ramai warga maya yang menonton rakaman itu.

Malah, warga maya turut menitipkan doa buat Azah dan anaknya dalam melangkah ke alam persekolahan dengan penuh keyakinan.

“Ya Allah, kau kurniakanlah sahabat-sahabat yang baik dan penyayang buat anak ini. Amin,” titip seorang warga maya.

“Syabas ibu, ayah dan adik. Nampak kesian tapi mak ayah tengah ajar dia berdikari. Bukan selamanya mak ayah ada di sisi. Ok acik nangis,” luah seorang lagi warga maya.

“Adik, acik nangis ni. Dah la acik pemandu lori. Mana ada pemandu lori menangis. Moga adik belajar baik-baik ye adik,” ucap warga maya buat anak kecil itu.

Sebagai pengetahuan, jika dilihat dari segi luaran, anak yang dilahirkan dengan sindrom ini mempunyai posisi kaki terlipat ke atas.

Namun, dari segi dalaman, sindrom ini menjejaskan fungsi bahagian bawah badan seseorang seperti organ, tulang belakang, hempedu, perut dan usus.

@sitiazah87

hari pertama sekolah… happy je erk dik..ibu yg nervous..😂😂 #oku #caudalregressionsyndrome #cleftlipsnpalate #ibuanak5😍😘😁✌️ #pejuanghidupbahgia #malaysianindonesia🇮🇩🇲🇾 #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – are-zah – are-zah

Sumber: TikTok @Siti Azah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.