Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tindakan Terhadap Peniaga Jika Sewakan Tapak Bazar Kepada Warga Asing – MPKB-BRI

Iqbal Yasir
Tapak Bazar warga asing
Gambar: Bernama

Tindakan Terhadap Peniaga Jika Sewakan Tapak Bazar Kepada Warga Asing – MPKB-BRI

KOTA BHARU, 19 Feb (Bernama) — Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan di bazar Ramadan sekiranya didapati menyewakan atau ‘menjual’ tapak jualan mereka kepada peniaga warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata sekiranya ada peniaga mengalibabakan lesen atau permit kepada warga asing, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mereka.

“Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

“Harga sewa ialah RM570 untuk setiap petak termasuk permit dan khemah,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan pemain industri pelancongan dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI di sini malam tadi.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya ada menerima maklumat berkaitan terdapat peniaga warga asing menggunakan lesen peniaga tempatan untuk berniaga di bazar Ramadan.

“Mereka ini (warga asing) biasanya akan mengaku sebagai pekerja sahaja ketika disoal, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: 200 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Persekolahan Menerusi Program Titipan Kasih Back To School

BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo