Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang diramal dilanda hujan lebat termasuklah Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Manakala keseluruhan kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu di jangka hujan petang ini.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim). Di Selangor, pula daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
“Selain itu, di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Sementara daerah (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) pula di negeri Terengganu.
“Di Negeri Sembilan, tiga daerah yang terlibat, Seremban, Port Dickson dan Rembau. Sementara di Melaka, hanya melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Di Johor, hujan diramal di daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terliba seperti Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02wffdBdME8a8NkCV5poUr3JZMJCCFuoHgEdBLEbCGyUPF5xcWfBYy28zzzrYdEcpxl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia