Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Guru Tolak Murid Istimewa Pakai Kerusi Roda Ketika Merentas Desa Runtun Hati Ramai

Iqbal Yasir
guru murid istimewa merentas desa
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Guru Tolak Murid Istimewa Pakai Kerusi Roda Ketika Merentas Desa Runtun Hati Ramai

Setiap ibu bapa tentunya mahu membesarkan anak mereka penuh dengan kasih sayang.

Lebih-lebih lagi, anak merupakan anugerah terindah yang diamanahkan bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa.

Meskipun anak itu istimewa, namun mereka (ibu bapa) juga mahu permata mereka diberikan layanan sama rata seperti kanak-kanak lain.

Itulah momen meruntun jiwa yang dikongsikan oleh seorang ibu melihat anaknya yang menghidap Cerebral Palsy mampu merasai pengalaman manis merentas desa bersama rakan-rakan sekolah lain.

Dalam klip yang dimuat naik oleh Adeela Shakila, ibu kepada anaknya kanak-kanak lelaki itu di TikTok, ia direalisasikan sendiri oleh seorang guru di sekolah berkenaan.

Kasih Guru Tolak Murid Istimewa Ikut Merentas Desa

Gambar: TikTok Adeela Shakila

Kata ibunya, hari itu merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh anaknya yang dikenali sebagai Adam, disebabkan sebelum ini dia tidak pernah menjalankan aktiviti sukan bersama rakan akibat ketidakupayaan diri.

“Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam. Dia seronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah dekat dia.

“Sebak sangat.. terharu. Dia tak pernah join mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan,” tulisnya di video berkenaan.

Gambar: TikTok Adeela Shakila

Tambahnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih buat guru berkenaan dikenali Cikgu Fairus di atas jasa terhadap anak istimewanya.

Apatah lagi, sebelum ini dia tidak membenarkan anaknya untuk mengikuti acara merentas desa itu atas faktor fizikal anaknya.

Namun, guru berkenaan sanggup menawarkan diri dan meminta izin untuk membawa Adam merasai sendiri pengalaman itu.

“Terima kasih cikgu Fairus atas pengorbanan cikgu bagi peluang dan sudi tolak Adam. Hanya Allah mampu balas jasa cikgu,” luahnya lagi.

Netizen dah ‘banjir’ air mata

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak dapat menahan sebak melihat klip berkenaan.

Sebahagian besar turut tumpang gembira melihat Adam dapat bersulan bersama rakan-rakan lain, disamping memuji sikap Cikgu Fairus.

“Adam happy ja boleh senyum, saya pula yang melebih nak nangis. Susah la ek kalau cepat touching ni,” komen seorang pengguna.

“Cikgu Fairus sememangnya penyayang. Waris suka apa lagi murid-murid. Moga Allah merahmati hidup cikgu,” tulis seorang lagi pengguna.

“Dia tak pernah merentas desa sebab tu dia taktau apa tu merentas desa, Kakak suka tengok semangat Adam. Semoga membesar dengan sihat Adam, anak yang bijak dunia akhirat,” komen seorang lagi.

Sumber: TikTok Adeela Shakila

BACA: “Sampai 28kg”, Minah Saleh Kongsi Makanan Di Bawa Pulang Dari Malaysia