Siakap Keli
melawati mall syawal

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall: ‘Syawal Membayu’ 21 Februari – 6 April  2025 

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall: ‘Syawal Membayu’ 21 Februari – 6 April  2025 

Kuala Lumpur, 20 Februari 2025 – Melawati Mall dengan bangganya mempersembahkan kempen  Raya 2025 bertemakan ‘Syawal Membayu’, yang pastinya dinanti-nantikan oleh para pengunjung.  Acara ini bukan sahaja menampilkan pertunjukan fesyen yang memukau, tetapi juga menawarkan  pelbagai aktiviti budaya dan hiburan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri. 

Tahun ini, Melawati Mall mengangkat tema nostalgia dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang menampilkan konsep moden, kali ini dekorasi dan program acara diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya. 

Pilihan Fesyen & Aktiviti Menarik 

Melawati Mall menawarkan pelbagai koleksi Raya terkini daripada jenama seperti HLA, Raea, Lee,  Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi. Dari pakaian moden hingga busana tradisional, para  pengunjung boleh mendapatkan pilihan fesyen dan aksesori yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Selain membawakan koleksi fesyen terkini, Melawati Mall juga menawarkan pengalaman membeli belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini, antaranya: 

  • Persembahan Akordion & Muzik Multikultural – Hiburan istimewa yang membangkitkan  suasana meriah. 
  • Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat – Menghidupkan kembali seni budaya warisan  bangsa. 
  • Bengkel Seni Kanak-Kanak – Aktiviti interaktif untuk si kecil menonjolkan kreativiti mereka. Pengalaman Berbuka Puasa yang Istimewa 

melawati mall syawal

Bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah berbuka puasa, Melawati Mall menawarkan pelbagai  pilihan restoran seperti US Pizza, Boat Noodles, Tony Roma’s, Manhattan Fish Market, Sopoong,  Richeese Factory dan banyak lagi. Nikmati hidangan lazat dalam suasana yang nyaman dan penuh  keceriaan. 

Ganjaran Istimewa & Cabutan Bertuah 

Sepanjang kempen ini, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta  menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif! 

Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik  atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya  eksklusif di kaunter informasi. 

Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Melawati Mall. Tertakluk kepada  terma dan syarat.

melawati mall syawal

Dekorasi Bertemakan Nostalgia Kampung 

Menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya, Melawati Mall menampilkan dekorasi yang  diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah  tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu. Suasana ini diharap dapat membangkitkan  kenangan indah balik kampung untuk menyambut Syawal. 

Komitmen Sosial Melawati Mall 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Melawati Mall akan  bekerjasama dengan masjid berdekatan untuk membuka kaunter Zakat Fitrah, memudahkan para  pengunjung menunaikan kewajipan zakat sebelum menyambut Hari Raya. 

Melawati Mall komited untuk terus menjadi destinasi beli-belah utama bagi seisi keluarga dengan  memperkenalkan lebih banyak acara bertemakan perayaan di masa hadapan, selaras dengan  maklum balas dan keperluan pengunjung. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ‘Syawal Membayu’ dan rasai sendiri  pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna serta menyeronokkan di Melawati Mall. Gunakan  tanda pagar berikut untuk berkongsi kemeriahan sambutan Raya bersama kami! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Melawati Mall https://www.melawatimall.com/ atau ikuti di Facebook https://www.facebook.com/MelawatiMallOfficial.

melawati mall syawal

Kolaborasi Eksklusif Melawati Mall x Variante 

VARIANTE, yang diasaskan oleh Leslie Variyan komited dalam menyediakan fesyen modest siap  pakai (ready-to-wear) yang menggabungkan keselesaan, keanggunan, dan pratikaliti. Direka untuk  disesuaikan untuk pelbagai acara – sama ada di pejabat, majlis rasmi, atau masa santai – setiap  koleksi Variante memberi inspirasi kepada wanita untuk tampil bergaya dan penuh keyakinan. 

Tahun ini, bersempena Syawal yang bakal tiba, VARIANTE dengan bangganya mengumumkankolaborasi dengan Melawati Mall, dengan mempersembahkan koleksi yang  mengangkat seni warisan dengan sentuhan moden dan elegan. Siluet mengalir, perincian halus,  serta pilihan fabrik premium mencipta rekaan yang abadi, mengimbangi tradisi dan fesyen  kontemporari. 

Sebagai tarikan utama kempen ini, Melawati Mall dengan bangganya mengumumkan kolaborasi  eksklusif bersama jenama fesyen terkenal, Variante. Sepanjang kempen ini berlangsung dari 21  Februari hingga 6 April 2025, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai ganjaran istimewa dengan  setiap pembelian minimum: 

  • Beg Jute MM x VARIANTE (warna pilihan: merah, hitam, hijau) – Percuma dengan perbelanjaan  minimum RM500 (maksimum tiga resit terkumpul). 
  • Selendang MM x VARIANTE – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM400 (maksimum tiga  resit terkumpul). 
  • Dulang Hidangan 3-Tingkat Premium – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM300  (maksimum dua resit terkumpul). 
  • Pek Duit Raya MM x VARIANTE – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM200 (maksimum  dua resit terkumpul). 

Raikan kemeriahan Raya dengan VARIANTE

*Promosi sah selagi stok masih ada. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.