Suami Hadiahkan Isteri RM12 Juta Selepas Bersalin Anak Kedua
Setiap ibu hamil perlu melalui sebuah perjalanan yang penuh dengan tuntutan dan pengorbanan, baik dari segi fizikal, emosi mahupun mental.
Cabaran mengandungkan zuriat selama sembilan bulan, ditambah pula dengan kesakitan kontrasi sewaktu bersalin memerlukan ketabahan dan kekuatan yang luar biasa.
Oleh itu, sokongan yang diberi oleh para suami amat diperlukan kerana ianya tonik tambahan untuk mereka menempuh waktu-waktu sukar ini.
Pengorbanan yang dilakukan, lebih-lebih lagi ketika melahirkan anak, turut meletakkan nyawa sendiri sebagai taruhan. Semuanya rela dilakukan asalkan anak dalam kandungan sihat dan selamat dilahirkan ke dunia.
Sebagai tanda penghargaan, segelintir suami memilih untuk memberikan hadiah mewah kepada isteri selepas bersalin. Ianya dilakukan sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap perjuangan mereka.
Suami hadiahkan isteri barang mewah RM12 Juta, selepas bersalin anak kedua
Baru-baru ini, pempengaruh Instagram, @malaikahraja berkongsi beberapa hadiah mewah yang diterima daripada suaminya.
Difahamkan, semua pemberian itu sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut yang baru melahirkan anak kedua mereka.
Menerusi video yang dikongsikan, @malaikahraja antaranya menerima sebuah sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas.
Selain itu, beliau juga menerima sebuah rumah bernilai $2 juta (kira-kira RM 8,842,000).
https://www.instagram.com/p/DGL5ZvbT_Px/?hl=en&fbclid=IwY2xjawIqXrJleHRuA2FlbQIxMAABHfpHb073MgbVCRQEsBM9xuby46Alc7CIT_sDv3MbgetneJLLABrLX81dQQ_aem_IKIJckBMEojEiRADCKcoig
Tidak terhenti di situ, @malaikahraj turut dihadiahkan beberapa beg tangan jenama pereka terkenal bernilai kira-kira $100,000 (kira-kira RM 442,100).
@malaikahraj juga turut menerima hadiah berupa koleksi barang kemas yang berjumlah $80,000 (kira-kira RM 353,680).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya.
Bajet bulanan sebanyak $50,000 membeli pakaian bayi
Menerusi video lagi, @malaikahraja turut memberitahu bajet bulanan sebanyak $50,000 (kira-kira RM 221,050) untuk membeli pakaian bayi dan gelang tenis bernilai $200,000 (kira-kira RM 884,200) turut disediakan.
Dalam masa sama, dia turut membeli barang kemas emas bernilai $70,000 (kira-kira RM 309,470) untuk anak perempuannya.
“Membeli emas adalah pelaburan, jadi ia tidak dikira sebagai membeli-belah,” ujar @malaikahraja lagi.
Tambah @malaikahraja, sebanyak $150,000 (RM 663,150) telah dibelanjakan untuk membeli sebuah kenderaan dan mengupah pemandu peribadi.
BACA: Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Kini Sertai Politik Turkiye
BACA: Seorang Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Tanah Merah
Sumber: @malaikahraja via Instagram