Siakap Keli
Mesut Özil Sertai Politik Turkiye
Kredit: AFP

Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Kini Sertai Politik Turkiye

Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Sertai Politik Turkiye

Bekas pemain bola sepak Arsenal dan Real Madrid, Mesut Özil dilapor terjun ke bidang politik dengan menyertai Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP), lapor Sky News.

Pemain kelahiran Jerman yang berusia 32 tahun itu telah menjadi ahli majlis bagi parti pemerintah Turkiye, Parti AKP. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat kongres parti berkenaan di Ankara, pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Özil di penghujung kariernya pernah menerima kritikan dari pelbagai pihak selepas didakwa memiliki hubungan rapat dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau mengambil keputusan untuk bersara daripada pasukan kebangsaan Jerman pada 2018 dan bersara sepenuhnya daripada dunia bola sepak, lima tahun kemudian.

Bekas bintang Arsenal, Mesut Özil kini terjun ke dunia politik Turkiye

Difahamkan, keputusan itu diambil Özil selepas tular sekeping gambarnya bersama Erdogan di London yang mencetuskan perdebatan banyak pihak.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Reinhard Grinde ketika itu turut menuduh ‘ada’ pemain membiarkan diri mereka “dieksploitasi” oleh Presiden Turkiye untuk tujuan politik.

Dalam masa sama, beberapa ahli politik Jerman turut mempersoalkan kesetiaan Özil kepada Jerman. Malah mencadangkan agar beliau dikeluarkan daripada skuad kebangsaan sebelum Piala Dunia 2018.

Pernah jadi Juara Dunia pada 2014

Özil, yang memenangi Piala Dunia bersama Jerman pada 2014 telah meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Turki, Fenerbahçe pada 2021.

Menurut Sky News, Ozil seterusnya berpindah ke Istanbul Başakşehir pada 2022 dan bersara setahun kemudian.

BACA: Cinta Berputik Di Hospital, Lelaki Kahwini Wanita Dilanggarnya

BACA: Sonografi Dedah Keadaan Bayi Dalam Kandungan Ketika Ibu Ketawa

BACA: Guru Tolak Murid Istimewa Pakai Kerusi Roda Ketika Merentas Desa Runtun Hati Ramai

Sumber: Sky News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.