Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Bayi Dalam Kandungan
Kredit: @nypost via TikTok
Tiada Kategori

Sonografi Dedah Keadaan Bayi Dalam Kandungan Ketika Ibu Ketawa

Athirah

Sonografi Dedah Keadaan Bayi Dalam Kandungan Ketika Ibu Ketawa

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata sendiri. Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan kelak.

Anak bukan sahaja menjadi anugerah yang membawa kebahagiaan, namun sebagai pengikat kasih sayang kepada rumah tangga yang dibina.

Bagi wanita yang bakal bergelar ibu, kehamilan adalah satu pengalaman unik dan menakjubkan di dalam hidupnya.

Sepanjang tempoh kehamilan, bayi dalam kandungan mengalami pelbagai rangsangan daripada persekitaran luar termasuk suara, sentuhan dan juga emosi ibu.

Bayi ‘bergoncang’ ketika ibu ketawa, sonografi dedah keadaan dalam kandungan

Dalam pada itu, @nypost baru-baru ini telah berkongsi seorang ibu hamil di Yukon, Oklahoma mengalami detik unik apabila rakaman ultrabunyi menunjukkan bayinya bergerak semasa dia ketawa dengan kuat.

Video berdurasi 00:34 saat turut menunjukkan apabila si ibu ketawa, otot perutnya mengecut dan menyebabkan sedikit tekanan pada rahim yang boleh membuatkan bayi seolah-olah ‘terhimpit’.

Bagaimanapun, posisi bayi dalam kandungan dilihat kembali seperti biasa ketika si ibu mula berhenti ketawa.

Ketawa ibu hamil mempunyai beberapa manfaat kepada bayi

Menurut portal Hello Sehat, otak akan melepaskan hormon endorfin dan mengalirkannya ke dalam darah bayi ketika ibu sedang ketawa.

Melalui plasenta, hormon kebahagiaan tersebut akan diterima oleh bayi hanya dalam beberapa saat selepas ibu ketawa.

Selain itu, ketawa dapat membuat ibu hamil berasa lebih bahagia dan menurunkan tekanan darah di dalam badan. Terdapat beberapa manfaat yang bakal diterima oleh bayi sekiranya ibu berasa gembira.

Mengurangkan risiko gangguan otak

Gelak ketawa akan membuat mood ibu hamil menjadi lebih baik dan memberikan kesan positif kepada janin, manakala mood buruk yang dialami oleh ibu boleh menyebabkan rasa gelisah, stres atau depresi.

Stres yang berpanjangan semasa hamil boleh meningkatkan risiko gangguan kognitif dan autisme.

Lain daripada itu, bayi dilahirkan oleh ibu yang mempunyai gangguan mental semasa hamil mempunyai risiko 1.5 kali lebih tinggi untuk mengalami depresi apabila mencapai usia 18 tahun.

Memperbaiki sistem imun

Bukan sahaja mengurangkan stres, ketawa juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh semasa hamil.

Ibu hamil dapat mencegah pelbagai penyakit yang boleh membahayakan kehamilan, malah semua kesan positif ini juga dapat dirasakan oleh janin sejak dalam kandungan hingga seterusnya.

Mengurangkan risiko preeklampsia

Ketawa dapat menurunkan tekanan darah ibu hamil. Jadi, secara tidak langsung, ketawa juga dapat mengurangkan risiko preeklampsia iaitu komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi.

Difahamkan, penyakit ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius sepanjang kehamilan, baik kepada ibu ataupun bayi di dalam kandungan.

Mencegah kelahiran pramatang

Hello Sehat berkata, reaksi bayi sewaktu ibu ketawa akan menjadikannya lebih kuat. Ini kerana sistem imun akan terjaga, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan kuman yang mungkin berlaku.

Dengan peningkatan daya tahan tubuh, risiko bayi lahir lebih awal atau kelahiran pramatang akibat jangkitan penyakit dapat dikurangkan.

BACA: Lelaki OKU Penglihatan Maut Terjatuh Di Landasan LRT Stesen Titiwangsa

Sumber: @nypost via TikTok