Siakap Keli
Seorang Kanak-kanak Lelaki
Kredit: Bernama

Seorang Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Tanah Merah

Seorang Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Tanah Merah

TANAH MERAH, 25 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga di sini semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.02 malam daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati benar seorang kanak-kanak lelaki telah hilang. Pihak kami melakukan pencarian bersama anggota polis dan orang awam.

“Bagaimanapun, operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhkan pada 11.02 malam tadi sebelum meneruskan semula pencarian kanak-kanak ini pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asmadi berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah terlibat dalam operasi pencarian ini dan turut mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dan Unit K9.

BACA: Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Kini Sertai Politik Turkiye

BACA: Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”

BACA: US Space Force Dedah Imej Pertama Diambil “Pesawat Angkasa Rahsia”

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.