Siakap Keli
Imej Pertama "Pesawat Angkasa Rahsia"
Gambar: Space Force

US Space Force Dedah Imej Pertama Diambil “Pesawat Angkasa Rahsia”

US Space Force Dedah Imej Pertama Diambil “Pesawat Angkasa Rahsia”

Pasukan Angkasa Amerika Syarikat (US Space Force) baru-baru ini mendedahkan imej pertama Bumi yang diambil oleh pesawat angkasa rahsia mereka, X-37B.

Imej tersebut dirakam pada 2024 melalui kamera yang dipasang pada pesawat tersebut semasa ia berada di orbit tinggi di atas Benua Afrika.

Dalam gambar tersebut, salah satu panel solar pesawat kelihatan di sebelah kiri, manakala ruang kargo yang terbuka dapat dilihat di bahagian atas imej.

Gambar: X @SpaceForceDoD

Pesawat X-37B telah dilancarkan dalam misi ketujuhnya pada 28 Disember 2023 menggunakan roket SpaceX Falcon Heavy.

Misi ini bertujuan untuk menguji pesawat angkasa yang boleh digunakan semula di laluan orbit yang baru, mencuba teknologi baharu untuk memantau aktiviti di angkasa, selain mengkaji bagaimana radiasi di angkasa memberi kesan kepada bahan yang dihantar oleh NASA.

Salah satu pencapaian penting dalam misi ini adalah pelaksanaan manuver aerobrek yang inovatif.

Maneuver ini melibatkan penggunaan daya seretan atmosfera Bumi untuk mengubah orbit pesawat dengan penggunaan bahan api yang minimum.

Sejak misi pertamanya pada 2010, pesawat X-37 telah menjalankan pelbagai eksperimen dan ujian, termasuk penghantaran kuasa solar dari angkasa, sistem perlindungan haba dan keupayaan penerbangan autonomi.

Misi keenamnya pada November 2022, mencatatkan rekod dengan tempoh penerbangan selama 908 hari.

BACA: Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih

BACA: Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat

BACA: Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”

Sumber: Space.com, Theverge.com

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.